PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan 32 individu termasuk bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan untuk membatalkan notis kompaun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka berhubung dakwaan menerima wang dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Panel tiga hakim diketuai Datuk Suraya Othman menolak rayuan mereka dengan alasan tiada merit dalam rayuan itu.
Kesemua 32 individu tersebut merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan SPRM mengeluarkan notis kompaun terhadap mereka.
Hakim Suraya dalam keputusan sebulat suara berkata tindakan perayu mencabar kompaun yang dikeluarkan oleh SPRM, sebenarnya mencabar budi bicara pendakwa raya yang memberi persetujuan bagi membenarkan tawaran kompaun dikeluarkan dan dengan itu secara langsung telah mencabar kuasa pendakwa raya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah.
"Pengeluaran tawaran kompaun itu dibuat di bawah Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) dan di bawah seksyen itu, sebelum tawaran kompaun dibuat, kebenaran daripada pendakwa raya mesti diperoleh.
"Perayu selepas menerima tawaran untuk mengkompaun boleh memutuskan sama ada untuk menerima tawaran kompaun atau menolaknya. Sekiranya perayu menerima tawaran kompaun di bawah Seksyen 92(4) AMLATFPUAA, tiada pendakwaan yang dapat dimulakan terhadap mereka oleh pendakwa raya.
"Jika mereka menolak tawaran yang dibuat, maka di bawah Seksyen 92(3) AMLATFPUAA, pendakwa raya boleh memulakan pendakwaan yang akan menyebabkan pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di mahkamah jenayah," kata Hakim Suraya pada prosiding yang dijalankan secara maya hari ini.
Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Darryl Goon Siew Chye dan Datuk Seri Mariana Yahya.
Hakim Suraya selanjutnya berkata kuasa pendakwa raya untuk mendakwa mana-mana individu boleh dilaksanakan olehnya pada bila-bila masa.
"Dalam rayuan ini, tiada caj dikenakan terhadap semua perayu. Pada masa ini kami berpendapat bahawa adalah pramatang di pihak perayu untuk mencabar kuasa pendakwa raya dalam menjalankan budi bicaranya untuk memberi kuasa kepada responden (SPRM dan ketua pesuruhjaya SPRM) untuk mengeluarkan tawaran mengkompaun kesalahan di bawah AMLATFPUAA.
"Berdasarkan alasan di atas, rayuan ini ditolak tanpa perintah terhadap kos dan keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 26 Feb 2020 dikekalkan," kata Hakim Suraya.
Peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff dan Mohd Shahril Madisa mewakili perayu manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly bertindak bagi pihak SPRM.
Pada 26 Feb 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan 32 individu untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman selepas Jabatan Peguam Negara mengemukakan bantahan awal atas alasan bahawa permohonan pemohon tidak mempunyai prima facie, kes yang boleh dipertikaikan, remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah.
Shahrir dan Ahmad Maslan serta 30 individu lain memfailkan permohonan semakan kehakiman secara berasingan pada November dan Disember 2019.
Dalam permohonan itu, kesemua pemohon memohon pengisytiharan bahawa keputusan dan tindakan responden kedua (SPRM) mengkompaun mereka melalui Tawaran Untuk Mengkompaun Kesalahan bertarikh 7 Okt 2019 sebagai ultra vires, tidak sah, batal dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Pemohon juga memohon perintah bagi membatalkan keputusan dan tindakan SPRM mengkompaun mereka selain memohon perintah untuk melarang suruhanjaya itu daripada menguatkuasakan kompaun berkenaan atau meneruskan pendakwaan terhadap mereka.
Turut dimohon, pengisytiharan bahawa kenyataan responden pertama (Ketua Pesuruhjaya SPRM) ketika sidang media berhubung keputusan mengeluarkan notis kompaun terhadap ketiga-tiga pemohon atas alasan untuk mendapatkan semula dana 1MDB yang dikatakan wang rakyat adalah pramatang, salah tanggap dan salah guna jawatan awam.
Pada 7 Okt 2019, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya, dalam sidang media berkata SPRM telah mengeluarkan notis kompaun kepada 80 individu dan entiti yang menerima wang berjumlah RM420 juta dipercayai daripada 1MDB.
Latheefa berkata sembilan individu dan 71 entiti, terdiri daripada 23 syarikat, 43 organisasi politik dan lima yayasan dan organisasi menerima wang melalui cek yang melibatkan akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 15 2021
Kesemua 32 individu tersebut merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan SPRM mengeluarkan notis kompaun terhadap mereka. - Gambar fail
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Okt.
KRI: Bagaimana pandemik COVID-19 mengubah perbelanjaan dompet rakyat Malaysia?
Analisis ini meneroka perubahan ketara dalam pola perbelanjaan isi rumah selepas pandemik. Walaupun pertumbuhan pendapatan adalah perlahan, isi rumah telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam perbelanjaan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bersama Felo Kehormat, Institut Masa Depan MalaysiaDatuk Dr Madeline Berma membincangkan lebih mendalam tentang landskap kewangan yang semakin berubah dan ketidaksamaan yang wujud di antara pelbagai kumpulan pendapatan.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Asas ekonomi kukuh, petunjuk pertumbuhan mampan
Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim mengupas berkenaan situasi ekonomi negara ketika ini, termasuk pengukuhan ringgit serta faktor yang bakal mempengaruhi pertumbuhan pada masa akan datang.
Data & Statistik KRI: Perubahan perbelanjaan isi rumah di Malaysia (2019 - 2022)
Pola perbelanjaan isi rumah berubah ketara selepas pandemik, berdasarkan kajian Khazanah Research Institute. Dapatan ini memberikan gambaran mengenai ketidaksamaan kewangan antara kumpulan pendapatan.
AWANI Ringkas: Fatwa GISBH di Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit dbuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, unit tempatan berada pada 4.2160/2240 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2185/2250 pada Khamis.
Konflik Asia Barat: Harga minyak lonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari
Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 5.03 peratus pada AS$77.62 setong.
[TERKINI] Harga minyak melonjak lebih 5 peratus akibat konflik di Asia Barat
Harga minyak mentah global melonjak selepas konflik di Asia Barat semakin meruncing. Pada Khamis, minyak mentah Brent naik 5.03%, menokok kepada $77.62 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) turut meningkat 5.15% kepada $73.71 setong. Kenaikan ini membawa jumlah peningkatan harga minyak minggu ini melebihi 8%, yang tertinggi sejak Januari lalu.
[TERKINI] Perkembangan terkini evakuasi rakyat Malaysia dari Lubnan
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat (4) orang rakyat Malaysia telah
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
Perunding kecantikan rugi lebih RM480,000 terperdaya 'job scam' dalam talian
Seorang perunding kecantikan mengalami kerugian RM485,100 selepas mendakwa terperdaya dengan penipuan pekerjaan atau 'job scam' dalam talian, pada Julai lepas.
PM Anwar ucap selamat ulang tahun ke-57 SPRM
Anwar berharap suruhanjaya itu meneruskan usaha dan komitmen untuk membersihkan negara daripada rasuah.
Agong zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-57 SPRM
Ucapan tersebut disampaikan oleh Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai.
SPRM berjumpa Maszlee isu 1BestariNet
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik melibatkan isu 1BestariNet.
SPRM bertindak tanpa rasa takut, pilih kasih
SPRM dalam kenyataan memaklumkan setiap tindakan penguatkuasaan yang dijalankan adalah tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Syarikat pembinaan perlu ada sijil ISO antirasuah dalam tempoh dua tahun - SPRM
Syarikat sektor pembinaan di negara ini diingatkan untuk memiliki pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah ISO 37001 (ABMS) dalam tempoh dua tahun dari sekarang.
SPRM siasat syarikat warga Bangladesh terlibat sindiket 'counter setting'
Azam berkata syarikat ini dikesan membawa masuk pekerja dari Bangladesh secara tidak sah, dengan menyamar sebagai pelancong.
[KOLUMNIS] Penipuan bidaan kontrak bukan rahsia lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa 20 peratus aduan yang diterima antara 2022 sehingga Julai 2024 adalah berkaitan dengan urusan perolehan awam dan swasta.
Salah guna visa pelancong punca utama kes 'counter setting' - SPRM
SPRM mengenal pasti penggunaan visa pelancong dalam kalangan warga asing merupakan antara punca utama berlakunya kegiatan 'counter setting' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).