KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendakwa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low adalah pengarah bayangan dalam syarikat pelaburan strategik itu kerana beliau proksi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memberi arahan kepada lembaga pengarah dan pengurusan kanan 1MDB.
1MDB dan empat anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited selaku plaintif menyatakan demikian menerusi jawapan kepada pernyataan pembelaan Jho Low, yang difailkan Tetuan Skrine di Mahkamah Tinggi di sini, pada 23 Feb lepas.
1MDB mendakwa Jho Low mempunyai kewajipan fidusiari terhadap plaintif-plaintif dan pada setiap masa material merupakan pemegang amanah kepada aset-aset kesemua plaintif.
"Pembelaan yang didakwa oleh defendan pertama (Jho Low) bahawa dia tidak pernah mengaku liabiliti dalam prosiding yang difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, kesemuanya adalah tidak relevan," dakwa 1MDB dalam pernyataan jawapan itu.
1MDB mendakwa Jho Low telah mendapatkan proksi-proksinya untuk bekerja dalam 1MDB termasuk bekas Pengarah Kewangan 1MDB Terrence Geh Choh Heng, bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan, bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang Keng Chee dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil.
"Proksi-proksi tersebut memegang jawatan pengurusan kanan utama dalam plaintif pertama (1MDB) antara lainnya untuk memantau pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB, melaksanakan keputusan penting menurut kehendak Jho Low dan Najib bagi memudahkan penggunaan dana plaintif-plaintif dengan niat penipuan Jho Low dan Najib," dakwa 1MDB dan menambah Najib juga pengarah bayangan 1MDB.
Menurut 1MDB, Jho Low telah menerima dana milik plaintif-plaintif yang mana beliau mengetahui bahawa dana tersebut milik kesemua plaintif dan wang tersebut telah dipindahkan kepadanya secara pecah amanah dan pelanggaran tugas fidusiari.
"Tindakan (saman) terhadap Jho Low antaranya untuk pemulihan wang amanah kepunyaan kesemua plaintif yang telah diterima Jho Low yang beliau mengetahui bahawa wang tersebut telah dipindahkan kepadanya secara pecah amanah antara lainnya oleh Najib.
"Oleh itu, defendan pertama (Jho Low) juga adalah pemegang amanah konstruktif plaintif-plaintif berkenaan dengan wang yang diterima olehnya," kata 1MDB.
Selain itu, 1MDB mendakwa setelah dimaklumkan tentang Memorandum Ernst & Young bertarikh 26 Mac 2010, Najib, ketika itu sebagai pihak pemegang saham tunggal 1MDB, Menteri Kewangan (Diperbadankan) bersama dengan penglibatan Jho Low, mengarahkan penyingkiran Ernst & Young sebagai juruaudit bagi 1MDB melalui surat bertarikh 16 Ogos 2020.
Menurut 1MDB, tindakan itu untuk menyembunyikan kerugian syarikat itu akibat pelesapan dana secara penipuan dan menghalang siasatan serta penemuan fakta-fakta dan bukti material berkenaan dengan penipuan tersebut.
"Selain daripada US$700 juta yang telah diterima oleh Jho Low pada 2009, semua wang telah dibayar kepada Jho Low selepas Mac 2010, oleh itu, ia adalah tidak dapat diterima bahawa kausa-kausa tindakan hanya terakru pada Mac 2010 seperti yang didakwa.
"Dalam apa jua keadaan, tuntutan plaintif-plaintif adalah termasuk pecah amanah secara penipuan oleh Jho Low dan untuk mendapatkan semula daripadanya harta yang dipegang secara pecah amanah bagi pihak plaintif-plaintif yang telah ditukarkan untuk kegunaannya sendiri," menurut 1MDB,
Pada 7 Mei tahun lepas, 1MDB dan empat anak syarikatnya, memfailkan saman terhadap Jho Low, ayah dan ibunya Tan Sri Larry Low Hock Peng dan Puan Sri Goh Gaik Ewe, kakaknya May Lin, adik lelakinya Taek Szen serta rakan sekutunya Eric Tan Kim Loong.
Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut US$661 juta daripada Jho Low dan masing-masing US$41 juta, US$397 juta, US$608 juta dan US$1.9 bilion daripada Jho Low dan Tan serta US$325 juta daripada Jho Low dan ayahnya.
1MDB Global Investments Limited pula menuntut US$630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Tan serta US$2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Tan.
Plaintif turut menuntut US$3.5 juta daripada May Lin and Jho Low serta US$1.695 juta daripada Goh, Jho Low dan Tan berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia selain US$25.5 juta daripada Jho Low, Tan, Hock Peng dan Taek Szen.
Jho Low dalam pernyataan pembelaannya mendakwa, beliau tidak mempunyai sebarang jawatan atau kewajipan fidusiari dalam 1MDB serta empat anak syarikatnya dan saman itu harus ditolak kerana gagal menyatakan kausa tindakan yang munasabah berhubung dakwaan pecah amanah atau kewajipan fidusiari.
Dakwa Jho Low, beliau tidak pernah menjadi pengarah atau pemegang saham dalam 1MDB atau keempat-empat anak syarikatnya, dan juga bukan ahli lembaga penasihat dana kekayaan negara itu atau sebahagian daripada pasukan pengurusan kelima-lima plaintif.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022

1MDB mendakwa Jho Low mempunyai kewajipan fidusiari terhadap plaintif-plaintif dan pada setiap masa material merupakan pemegang amanah kepada aset-aset kesemua plaintif. - Gambar fail/ Sinar Harian
![[KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir? [KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716537874_ParentsHandKids.jpg)
[KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir?
Fenomena childfree bukan sekadar trend moden, tetapi ia adalah isyarat kepada perubahan sosial yang lebih besar.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
Dasar Wanita Negara 2025-2030 tumpu bantu mangsa keganasan.
Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang.
Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza.
Dasar Wanita Negara 2025-2030 tumpu bantu mangsa keganasan.
Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang.
Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza.

Ribuan wanita berkumpul dan berarak di Dataran Taksim
Peserta percaya perarakan 8 Mac adalah tempat terbaik untuk wanita menuntut hak mereka.

Kerjasama Planworth, PKMM tawar manfaat kepada 60,000 ahli kontraktor
Kerjasama ini membantu menyelesaikan cabaran modal pusingan yang dihadapi oleh kontraktor, khususnya dalam kalangan kontraktor kecil dan sederhana.

Dua wanita termasuk pelancong warga Israel dirogol di India
Polis telah menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

PRN Sabah: Warisan akan bergerak solo, tanpa gabungan dan kerjasama
Sejarah pernah membuktikan parti politik seperti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah memerintah Sabah tanpa sebarang gabungan.

AS hanya mahu mendominasi Iran, guna alasan 'rundingan' - Ali Khamenei
Khamenei menyatakan tawaran Wwashington untuk berunding bertujuan mendominasi Iran dan bukan menyelesaikan masalah.
Dua wanita termasuk pelancong warga Israel dirogol di India
Seorang lelaki maut manakala seorang pelancong wanita Israel dan seorang wanita India dirogol secara beramai-ramai oleh tiga lelaki baru-baru ini berhampiran sebuah tapak warisan dunia UNESCO yang popular di Selatan India.
AS hanya mahu mendominasi Iran, guna alasan 'rundingan' - Ayatollah Ali Khamenei
Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, pada Sabtu mendakwa Amerika Syarikat menggunakan taktik 'membuli' bagi memastikan republik Islam itu tunduk kepadanya.
Kenyataan itu menyusul sehari selepas Presiden Donald Trump mendakwa beliau telah menghantar surat kepada pemimpin tertinggi negara itu bagi merundingkan perjanjian nuklear.
Kenyataan itu menyusul sehari selepas Presiden Donald Trump mendakwa beliau telah menghantar surat kepada pemimpin tertinggi negara itu bagi merundingkan perjanjian nuklear.
Ribuan wanita berkumpul dan berarak di Dataran Taksim
Ribuan wanita berkumpul berhampiran Dataran Taksim Istanbul pada Sabtu bagi menyertai perhimpunan Hari Wanita, walaupun diharamkan oleh pihak berkuasa tempatan

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, dan dua syarikatnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.