ISKANDAR PUTERI: Lebih 172,500 kampit beras akan diedarkan secara serentak di setiap 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, pada Rabu.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sumbangan menerusi inisiatif Program Bantuan Kasih Bangsa Johor itu akan diagihkan sehingga 3 Mei depan, menjelang hari raya Aidilfitri.
Katanya, bantuan akan diteruskan sehingga 31 Mei depan bagi siri agihan seterusnya, melibatkan 903,000 penerima secara keseluruhan.
Jelas Onn Hafiz, menerusi usaha itu, setiap ketua isi rumah di Johor akan menerima satu kampit beras 10 kilogram.
“Selagi anda warga Johor, anda akan dapat bantuan ini. Maksudnya setiap isi rumah warganegara Malaysia Johor akan mendapat 1 kampit beras 10kg.
“Ini adalah sedikit bantuan kepada semua rakyat. Kita tak hendak kata tak pernah dapat bantuan daripada kerajaan, ini satu tanda penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Johor, maka semua rumah akan mendapat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Bantuan Beras Bangsa Johor di Iskandar Puteri, pada Rabu.
Tambahnya, sebanyak RM23.67 juta diperuntukkan dalam menjayakan bantuan berkenaan.
Beliau berharap, usaha kerajaan negeri itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi penduduk.
Dalam pada itu beliau memaklumkan pelantikan sementara Barisan Penyelaras DUN akan dibuat bagi menjamin kelancaran agihan bantuan tersebut terutamanya di kawasan DUN pembangkang.
Aiman Hakeem Awazmin
Wed Apr 27 2022
![172,500 kampit beras mula diedar ke setiap isi rumah Johor hari ini 172,500 kampit beras mula diedar ke setiap isi rumah Johor hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71651045930_OnnHafizGhazi.jpg)
Onn Hafiz berkata bagi mengelakkan daripada isu penerima tercicir, orang ramai boleh berhubung dengan pejabat daerah atau ADUN dan Penyelaras DUN. - Foto BERNAMA
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![The Raw. infak 50 tan beras untuk 10,000 keluarga asnaf The Raw. infak 50 tan beras untuk 10,000 keluarga asnaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712650097_TheRawRichwell.jpg)
The Raw. infak 50 tan beras untuk 10,000 keluarga asnaf
Dijayakan bersama Pertubuhan Kebajikan Richworks (RichWell); Enrichment Media Lab Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis).
![Sultan Ibrahim berkenan kurnia 25,000 kampit beras buat asnaf di Kuala Lumpur Sultan Ibrahim berkenan kurnia 25,000 kampit beras buat asnaf di Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711091398_TBBerasjpg.jpg)
Sultan Ibrahim berkenan kurnia 25,000 kampit beras buat asnaf di Kuala Lumpur
Sebanyak 10 buah masjid di sekitar Kuala Lumpur telah dipilih bagi urusan pengagihan beras tersebut.
![PRK Pelangai: 'Bila mereka beri barang dalam tempoh kempen tiada tindakan' - Wan Fayhsal PRK Pelangai: 'Bila mereka beri barang dalam tempoh kempen tiada tindakan' - Wan Fayhsal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696566684_WanFayhsal.jpg)
PRK Pelangai: 'Bila mereka beri barang dalam tempoh kempen tiada tindakan' - Wan Fayhsal
Kredibiliti SPRM dan SPR dipersoal apabila kerajaan kini didakwa memberi suapan kepada rakyat secara terang-terangan, namun tiada tiada tindakan.
![172,500 kampit beras mula diedar ke setiap isi rumah Johor hari ini 172,500 kampit beras mula diedar ke setiap isi rumah Johor hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71651045930_OnnHafizGhazi.jpg)
172,500 kampit beras mula diedar ke setiap isi rumah Johor hari ini
Sebanyak 172,500 kampit beras mula diedarkan secara serentak hari ini yang melibatkan setiap isi rumah di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.