ALOR SETAR: Kesemua 162 guru atau 0.1 peratus daripada 30,000 guru sekolah rendah dan menengah di Kedah, yang dilaporkan masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat hari ini, tidak dibenarkan bersemuka secara terus dengan pelajar.
Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri Datuk Najmi Ahmad berkata guru yang masih belum divaksin itu, masih perlu hadir ke sekolah tetapi diletakkan di tempat berasingan sebagai langkah memastikan kesihatan dan keselamatan murid serta guru yang lain terjaga.
"Saya tidak pasti kenapa mereka masih belum ambil vaksin, mungkin kerana persepsi sendiri, pandangan dari sudut agama atau takut dicucuk vaksin susulan berita negatif yang tular di media sosial," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tablet sumbangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) kepada 70 pelajar sekolah menengah di Kedah di Dewan Seri Mentaloon di sini, hari ini.
Najmi berkata guru yang masih belum divaksin itu sentiasa diingatkan supaya mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, bagi mengelak daripada dikenakan tindakan tatatertib.
Sementara itu, mengenai perkembangan kes COVID-19 yang melibatkan murid dan guru di Kedah, beliau berkata keadaan masih terkawal, dan semua pihak telah mengambil langkah segera bagi memastikan penularan tidak merebak lebih teruk.
"Setakat ini, sekolah yang ada kes positif tetap dibuka cuma kelas yang terlibat sahaja ditutup untuk kerja-kerja sanitasi, kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Agama negeri juga ditingkatkan untuk atasi masalah ini," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan seramai 24 pelajar lelaki Maktab Mahmud Sik disahkan positif COVID-19 pada 3 Dis lepas, selain tiga guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang yang turut disahkan positif virus itu dan diarah menjalani perintah pengawasan di rumah (HSO).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021
Kesemua 162 daripada 30,000 guru sekolah rendah dan menengah di Kedah, yang dilaporkan masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat hari ini, tidak dibenarkan bersemuka secara terus dengan pelajar. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
162 guru di Kedah belum vaksin tidak bersemuka dengan pelajar
Bagaimanapun, mereka masih perlu hadir ke sekolah tetapi diletakkan di tempat berasingan sebagai langkah memastikan kesihatan dan keselamatan murid serta guru yang lain terjaga.