Sebanyak 150 notis kesalahan dengan nilai kompaun berjumlah RM30,750 dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) terhadap perokok dalam operasi penguatkuasaan larangan merokok yang dijalankan ke atas 562 premis di negeri itu sejak Rabu lepas.
Pengarah JKNS Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata tujuh daripada notis kesalahan itu dikeluarkan terhadap golongan perokok bawah 18 tahun dengan satu notis melibatkan pemilikan rokok elektronik.
Selain itu katanya, sebanyak 20 notis kesalahan dengan kompaun berjumlah RM5,000 turut dikeluarkan ke atas pemilik premis makanan melibatkan 18 notis kegagalan mempamerkan tanda larangan merokok dan dua lagi kerana menyediakan kemudahan merokok.
"Operasi penguatkuasaan larangan merokok sehingga sehingga semalam dilakukan di semua tempat makan termasuk tempat makan terbuka mengikut Peraturan 11(1)(d) Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.
"Sementara bagi pemilik premis pula, penguatkuasaan dijalankan mengikut Peraturan 12(1)(a) dan 12(1)(b) PPKHT 2004 dan di bawah peraturan itu mereka perlu mempamerkan larangan merokok secara jelas, memastikan premis mereka bebas daripada aktiviti merokok dan tidak menyediakan bekas abu rokok, perkhidmatan menjual shisha serta lain-lain kemudahan merokok," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Dr Khalid berkata perokok yang menerima notis kesalahan itu perlu menjelaskan kompaun berjumlah RM250 manakala bagi perokok bawah 18 tahun, RM50.
Katanya bagi kesalahan pertama, jumlah kompaun boleh dikurangkan kepada RM150 jika perokok menjelaskan bayaran di mana-mana pejabat kesihatan daerah dalam tempoh sebulan daripada tarikh notis kesalahan dikeluarkan.
"Bagi kesalahan kedua, tiada pengurangan kompaun diberikan sebaliknya, jumlah lebih tinggi iaitu sebanyak RM350 dikenakan ke atas perokok sehingga Jun depan. Malah, bermula Julai depan pula, tiada lagi tawaran kompaun sebaliknya tindakan pendakwaan di mahkamah akan diambil," katanya.
Beliau turut memohon kerjasama daripada semua pihak supaya sentiasa mematuhi peraturan larangan merokok yang dikuatkuasakan kerajaan itu demi memastikan kesihatan masyarakat terus terjamin.
Dr Khalid berkata bagi golongan perokok yang berhasrat untuk berhenti daripada tabiat tidak sihat itu, mereka dinasihat mendapatkan perkhidmatan 'mQuit' di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan di seluruh negara serta di fasiliti swasta yang diberikan akreditasi.
Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut untuk berhenti merokok dengan mendaftar melalui laman sesawang http://jomquit.moh.gov.my atau menghubungi talian 03-8883 4400.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 03 2020
Pengarah JKNS Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata tujuh daripada notis kesalahan itu dikeluarkan terhadap golongan perokok bawah 18 tahun dengan satu notis melibatkan pemilikan rokok elektronik. - Foto BERNAMA
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Consider This: 2024 US Election (Part 1) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Saeed Khan, Founding member of the Institute for Social Policy and Understanding. He’s also an associate professor of Near Eastern and Asian Studies at Wayne State University.
MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.
Consider This: 2024 US Election (Part 2) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Hayg Oshagan, Founder and Director of New Michigan Media. He’s also an Associate Professor in the Department of Communication at Wayne State University.
AWANI Ringkas: KDN beri penjelasan di Dewan Rakyat Khamis ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Teknologi pengecasan tanpa wayar ada potensi besar berkembang di Malaysia -MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata teknologi pengecasan tanpa wayar bagi kenderaan elektrik (EV) mempunyai potensi untuk berkembang di Malaysia. Jelasnya, ia antara teknologi yang pesar membangun, berbanding teknologi pertukaran bateri yang memerlukan kos pembangunan fasiliti yang tinggi. #AgendaAWANI
RUU Sewaan Kediaman digubal secara neutral, tidak diskriminasi mana-mana kaum - KPKT
Sebarang penyediaan program perumahan serta penggubalan undang-undang dan peraturan berkaitan perumahan adalah bersifat neutral dan tidak meminggirkan atau mendiskriminasi mana-mana bangsa dan agama.
Standard Pertukaran Bateri akan diperkenalkan menjelang akhir tahun - MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata Standard Pertukaran Bateri atau Battery Swapping Standard akan dijangka akan diperkenalkan pada akhir tahun ini. Jelasnya, standard ini melibatkan kenderaan elektrik (EV) dua roda bagi memastikan akses kepada kenderaan EV lebih luas. #AgendaAWANI Agenda AWANI
PRR pertama akan dilancarkan pada 2025, sempena kepengerusian ASEAN Malaysia - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025. Jelasnya, ia sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia. #AgendaAWANI
PRR akan kuatkuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuatkuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan. Jelasnya, bagi penghuni yang tidak membayar komitmen tetap kepada PRR, maka individu tersebut akan dihalang daripada meningkat fasiliti di perumahan awam terbabit. #AgendaAWANI
JKNS, polis siasat kes kematian mengejut dua petugas kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan polis menjalankan siasatan berhubung kes kematian mengejut dua petugas kesihatan di Klang.
JKNS nafi murid perempuan meninggal dunia akibat strok haba
Dr Sha'ari berkata berdasarkan rekod pemeriksaan kanak-kanak berusia 10 tahun itu, beliau telah hadir ke klinik dalam keadaan kritikal dan didiagnos sebagai gastroenteritis akut dengan komplikasi.
Dihurung lipas, lalat dan tikus, 42 premis makanan di Selangor diarah tutup
Sebanyak 42 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana hurungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit rendah, antara Januari hingga 15 Ma
34 premis urung lipas, lalat, tikus diarah tutup
Sebanyak 34 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana menyebabkan urungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit sangat rendah.
Rasuah pengurusan jenazah: Jabatan Kesihatan Selangor tunggu laporan SPRM
Setakat ini pihaknya hanya menerima laporan berkenaan yang membabitkan kakitangan di Hospital Kajang dan Hospital Serdang.
'CAC Stadium Malawati seperti medan perang'
Ahmad Sayuti Bashiron berkata, keadaan itu adalah yang paling buruk dalam sejarah CAC setakat ini.
Produk rawatan jangkitan COVID-19 bernilai RM2,500 dirampas
Produk berjenama 'Lianhua Qingwen Jiaonang' disyaki tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan.
Lewat lapor kes COVID-19, JKNS adakan libat urus dengan klinik, hospital swasta
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengadakan sesi libat urus dengan klinik dan hospital swasta di negeri ini bagi mengatasi masalah kelewatan dalam melaporkan kes positif COVID-19.
JKNS ambil berat persekitaran kerja, keselamatan dan keperluan asas petugas
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil berat persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan petugas kesihatan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan
JKNS nasihat orang awam agar tidak hadir ke HTAR Klang kecuali urusan penting
Kesemua mereka menurutnya ketika ini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan siatan bagi mencari punca sebenar jangkitan sedang giat dijalankan.