Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini mengarahkan 15 aktivis yang diketuai Wong Tuck untuk membela diri terhadap pertuduhan menyertai perhimpunan haram bagi menghalang operasi kilang nadir bumi Lynas Corporation Sdn Bhd, di Gebeng, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Unaizah Mohd membuat keputusan tersebut berdasarkan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh dan menetapkan tarikh berbicaraan pembelaan pada 21 Julai, 28 dan 29 Ogos depan terhadap semua tertuduh.
Bagi semua tertuduh yang hadir ke mahkamah, telah dimaklumkan terlebih dahulu mereka diberi tiga pilihan untuk membuat rayuan sama ada keterangan bersumpah, tidak bersumpah atau berdiam diri dan mahkamah berhak menggunakan segala keterangan yang diambil ketika sesi pendakwaan.
Terdahulu Wong Tuck, 58, juga bekas calon DAP di kerusi Parlimen Bentong pada pilihan raya umum lalu telah didakwa bersama-sama Raymond Ng Abdullah, 42; Rafar Ahmad, 47; Tan Wang Sheng, 40; Hew Kuan Yau, 47; Lee Kai Ming, 40; Chong Kong Yurn, 67; Tan Chee Hooi, 41; Zamri Zainal, 29; dan Thomas Wong, 55.
Kesemua 11 mereka itu didakwa di bawah Seksyen 145 Kanun Keseksaan kerana telah menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang bertujuan memprotes operasi Lynas antara pukul 4 dan 5.30 petang, 22 Jun 2014 di Jalan Bandaran, menghala ke kilang Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng.
Berdasarkan kertas pertuduhan itu, mereka didakwa enggan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh.
Sementara itu, bagi lima lagi tertuduh iaitu Fong Poh Choo, 39; Wong Chee Wai, 38; Wong Chee Wen, 47; Phua Kai Yaw, 46; dan Ho Kam Huat, 47; dituduh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan setelah mengadakan perhimpunan menyalahi undang-undang memprotes operasi Lynas dengan melakukan kekerasan iaitu merempuh halangan polis pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Manakala bagi Kam Huat menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis, yang cuba menangkapnya dengan cara menyepak dan mencakar sehingga mendatangkan kecederaan di kaki dan muka mangsa pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Ketiga-tiga pertuduhan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Kes telah dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Faridz Gohim Abdullah, Shahrul Ekhsan Hasim dan Farahah Mohd Nazari manakala semua tertuduh diwakili peguam Mohd Haijan Omar.
Astro Awani
Tue Jun 13 2017
![15 orang diarah bela diri kerana sertai protes anti-Lynas tiga tahun lalu 15 orang diarah bela diri kerana sertai protes anti-Lynas tiga tahun lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81481329693_Lynas.jpg)
Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 145 Kanun Keseksaan kerana telah menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang bertujuan memprotes operasi Lynas antara pukul 4 dan 5.30 petang, 22 Jun 2014. - Gambar fail
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
![Perhimpunan anti Lynas masih belum dapat kelulusan MPK Perhimpunan anti Lynas masih belum dapat kelulusan MPK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81481329693_Lynas.jpg)
Perhimpunan anti Lynas masih belum dapat kelulusan MPK
Penganjur perlu mencari lokasi lain, sekiranya MPK tidak mengeluarkan kelulusan, kerana perhimpunan itu boleh dianggap tidak sah.
![15 orang diarah bela diri kerana sertai protes anti-Lynas tiga tahun lalu 15 orang diarah bela diri kerana sertai protes anti-Lynas tiga tahun lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81481329693_Lynas.jpg)
15 orang diarah bela diri kerana sertai protes anti-Lynas tiga tahun lalu
Hakim Datuk Unaizah Mohd membuat keputusan tersebut berdasarkan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh.