Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan dua hari bermula 15 Ogos untuk perbicaraan kes saman fitnah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadap Malaysiakini berhubung artikel dan video yang diterbitkan di laman portal itu.
Hakim Abu Bakar Jais menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahriman Ruslan mewakili Abdul Rahman dan peguam K.Shanmuga mewakili dua defendan iaitu Malaysiakini dan wartawan Geraldine Tong.
Shanmuga memberitahu pemberita, mahkamah juga menetapkan 23 Mei ini untuk pengurusan kes itu.
Pada 13 Jan 2016, Abdul Rahman yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan Anggota Parlimen Kota Belud, memfailkan saman itu terhadap Malaysiakini dan Tong dan mendakwa artikel dan video yang diterbitkan tanpa kebenarannya itu tidak mencerminkan intipati asal sebaliknya ia disunting seolah-olah plaintif mengarahkan masyarakat di bandar pulang ke kampung.
Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Rahman mendakwa pada 6 Nov 2015, defendan secara semborono dan dengan niat jahat menerbitkan atau menyebabkan kenyataan fitnah dan palsu yang merujuk kepadanya, di laman web www.malaysiakini.com yang bertajuk "Minister's 'go back to kampung' notion draws contempt".
Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud dirinya tidak mempedulikan kesusahan yang dialami masyarakat berikutan kenaikan kos sara hidup, tidak menggalakkan masyarakat untuk mencari pendapatan di bandar dan tidak sensitif terhadap isu semasa yang memberi kesan kepada masyarakat awam.
Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, kos, faedah serta relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Bernama
Wed May 04 2016

Mahkamah Tinggi menetapkan dua hari bermula 15 Ogos untuk perbicaraan kes saman fitnah Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) terhadap Malaysiakini. - Gambar fail

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Utamakan soal negara dan rakyat: Anwar, Muhyiddin hentikan pertikaian peribadi, kes saman fitnah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju menghentikan pertikaian peribadi dan prosiding kes saman fitnah.

Fox News setuju bayar RM3.5 bilion kepada Dominion dalam kes saman fitnah
Penyelesaian di luar mahkamah itu bermaksud pegawai eksekutif Fox seperti Rupert Murdoch tidak perlu memberi keterangan di mahkamah.

Sanusi sudah fail penyataan pembelaan saman Anwar
Pembelaan terhadap kes saman itu dilakukan sebaik sahaja menerima perintah mahkamah.

Jamal mahu fail notis rayuan kes saman fitnah Teresa
Jamal berkata, beliau akan memfailkan notis rayuan selepas mendapat nasihat peguam baharu yang dilantiknya.

Mahkamah cadang kes saman Mukhriz - Tengku Sharifuddin diselesai melalui mediasi
Irzan Iswat berkata mahkamah menetapkan 10 Ogos ini untuk pengurusan kes itu.

15 Ogos bicara kes saman fitnah menteri terhadap Malaysiakini
Mahkamah Tinggi menetapkan dua hari bermula 15 Ogos untuk perbicaraan kes saman fitnah Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadap Malaysiakini.