Mahkamah Tinggi hari ini menyarankan supaya kes saman fitnah bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir terhadap Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad diselesaikan melalui proses mediasi.
Perkara itu dimaklumkan peguam Irzan Iswat Mohd Nor mewakili Mukhriz, kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar yang turut dihadiri peguam Ooi She Yi mewakili Tengku Sharifuddin.
Irzan Iswat berkata mahkamah menetapkan 10 Ogos ini untuk pengurusan kes itu.
Mukhriz, 51, memfailkan saman itu pada 3 Mei lepas yang mendakwa defendan telah mengeluarkan empat kenyataan iaitu pada 15, 20, 23 dan 26 April lepas.
Empat tajuk kenyataan itu adalah, 'Prime Minister's Press Secretary Statement on Donation Confirmation by Saudi Arabian Foreign Minister'; 'Prime Minister's Press Secretary Statement on Former DPM's Reuters Interview'; 'Mukhriz Mahathir Statement: Response by Prime Minister's Press Secretary' dan 'Prime Minister's Press Secretary Statement on Tun Mahathir Mohamed and Mukhriz Mahathir'.
Mukhriz mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkomplot dalam kempen jahat bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah dan plaintif masih terbabit secara langsung dalam komplot antara Dr Mahathir dan Muhyiddin.
Tengku Sharifuddin dalam pernyataan pembelaannya menafikan empat kenyataan itu memfitnah Mukhriz tetapi menegaskan kenyataan tersebut adalah untuk menjelaskan dan menegah tuduhan yang tidak benar terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 14 Jun, katanya, beliau tidak pernah berniat jahat atau 'malice' dalam menerbitkan kenyataan media itu tetapi ia diterbitkan untuk pengetahuan dan kepentingan rakyat Malaysia.
Tegasnya lagi beliau mempunyai tugas dan tanggungjawab berat dan besar untuk membela dan menegah tuduhan tidak benar itu agar masyarakat mendapat gambaran dan fakta sebenar yang telah dikelirukan dengan sengaja oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan politik tertentu.
Katanya sebagai penjawat awam dan Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, beliau mempunyai tanggungjawab dan tugas untuk memberi penjelasan dan kenyataan terhadap situasi politik di negara ini dan beliau juga dipertanggungjawab untuk bertindak serta memberi kenyataan kepada perkembangan politik di negara ini.
Tengku Sharifuddin berkata kenyataan media itu adalah komen adil dan berpatutan berdasarkan fakta, isu dan perkara yang telah timbul dan hangat dibincangkan pada masa itu.
Oleh itu, katanya adalah berpatutan dan munasabah beliau yang berjawatan itu memberi komen adil dan berpatutan berdasarkan fakta sedia ada pada ketika itu.
Bernama
Thu Jul 14 2016

Mukhriz mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkomplot dalam kempen jahat bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Utamakan soal negara dan rakyat: Anwar, Muhyiddin hentikan pertikaian peribadi, kes saman fitnah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju menghentikan pertikaian peribadi dan prosiding kes saman fitnah.

Fox News setuju bayar RM3.5 bilion kepada Dominion dalam kes saman fitnah
Penyelesaian di luar mahkamah itu bermaksud pegawai eksekutif Fox seperti Rupert Murdoch tidak perlu memberi keterangan di mahkamah.

Sanusi sudah fail penyataan pembelaan saman Anwar
Pembelaan terhadap kes saman itu dilakukan sebaik sahaja menerima perintah mahkamah.

Jamal mahu fail notis rayuan kes saman fitnah Teresa
Jamal berkata, beliau akan memfailkan notis rayuan selepas mendapat nasihat peguam baharu yang dilantiknya.

Mahkamah cadang kes saman Mukhriz - Tengku Sharifuddin diselesai melalui mediasi
Irzan Iswat berkata mahkamah menetapkan 10 Ogos ini untuk pengurusan kes itu.

15 Ogos bicara kes saman fitnah menteri terhadap Malaysiakini
Mahkamah Tinggi menetapkan dua hari bermula 15 Ogos untuk perbicaraan kes saman fitnah Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadap Malaysiakini.