BALING: Sebanyak 15 keluarga yang hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air di sini Isnin lepas akan ditawarkan tempat tinggal sementara.
Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya bercadang mendirikan rumah kontena untuk semua keluarga tersebut di pekarangan Masjid Raudhatul Falah, Kampung Iboi, Kupang di sini.
"Penempatan sementara itu bagi membolehkan mereka tinggal lebih selesa selepas beberapa hari tinggal di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai.
"Saya akan berbincang dengan semua 15 keluarga terbabit bagi mendapatkan persetujuan mereka dan pihak masjid juga telah memberikan kebenaran. Kedudukan kawasan itu juga tinggi, jadi ia adalah selamat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Raudhatul Falah di Kampung Iboi, Kupang di sini hari ini.
Beliau berkata pembinaan rumah kontena itu diharap dapat disiapkan dalam tempoh dua minggu dan akan dilengkapi kemudahan asas agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan selesa.
Abdul Azeez bagaimanapun berharap kesemua penduduk terbabit tidak dibiarkan tinggal terlalu lama di rumah tersebut, sekali gus menyeru kerajaan Persekutuan dan negeri menyediakan tapak lebih sesuai untuk didirikan kediaman baharu.
"Bagi rumah mangsa banjir yang rosak pula, banyak agensi berkaitan terutama di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyediakan peruntukan atau bantuan membaik pulih kerosakan," katanya.
Dalam pada itu, beliau memberi jaminan semua mangsa banjir yang terjejas akan menerima sumbangan pelbagai peralatan termasuk televisyen dan kelengkapan memasak.
"Insya-Allah kami sudah mula edarkan sejak dua hari lepas, pada hari ini pun kami akan edarkan barangan keperluan mendesak ini untuk mereka menjalani kehidupan lebih selesa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 10 2022

Abdul Azeez berkata pihaknya bercadang mendirikan rumah kontena di pekarangan Masjid Raudhatul Falah, Kampung Iboi, Kupang. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.

Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.

Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.

Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.

Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.

Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.

Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.

Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM

Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.

Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.