JITRA: "Jangan lupa, hari kelima jemput ayah balik, masa tu mesti dah lega," pesan Ismail Putih dengan penuh yakin kepada anak-anaknya pada 30 Mei lepas, sebelum menaiki ambulans di rumahnya di Taman Mahsuri, di sini.
Seperti dijanjikan, Ismail, 63, benar-benar 'pulang' pada hari kelima, selepas keluar untuk ke pusat kuarantin pesakit COVID-19 di Kulim, dan tatkala mengimbas detik itu, isterinya Fadzilah Kassim, 57, berkata kali terakhir bertentang mata dengan buah hatinya itu, arwah cukup ceria walaupun 'sakit'.
"Hari tu, sebelum pergi ke pusat kuarantin, arwah sempat bergurau dengan anak-anak dan siap buat video rakamkan perjalanannya ke pusat kuarantin," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Fadzilah berkata, dia serta tiga anaknya turut disahkan positif COVID-19 dan wabak itu bukan sahaja menyebabkannya kehilangan tulang belakang keluarga, malah 14 jiran yang tinggal di kawasan perumahan sama turut 'dirampas', dalam tempoh hanya kira-kira dua minggu.
"Saya kenal mereka semua, kebanyakan dah tua, tapi ada juga yang muda... cepatnya ya Allah, sebaik tiba di Kulim, saya diberitahu keadaan suami terus kritikal dan dia dibawa ke Hospital Kulim dan terus 'ditidurkan', pada 4 Jun tepat jam 12 tengah hari, dia dah tak ada.
"Tapi saya rasa macam dia masih ada, sebab masa pergi dia nampak sihat macam biasa, dia cuma ada kencing manis, umur memang dah 60 lebih, tapi dia masih aktif, fit dan 'handsome', sekarang rasa macam dia masih dirawat di wad, tak boleh balik lagi," kata Fadzilah cuba menutup duka di hatinya.
Katanya, beliau masih cuba menerima kenyataan dan bersyukur kerana mendapat sokongan yang kuat daripada ahli keluarga serta rakan-rakan, yang tidak jemu bertanya khabarnya dan anak-anak.
"Arwah dikenali ramai sebab dia bekas pegawai kepada wakil rakyat di kawasan kami, arwah selalu turun bersama untuk tengok masalah dan bantu bagi sumbangan kepada masyarakat, jadi ramai yang kenal arwah, ambil berat anjurkan bacaan Yasin serta tahlil untuk arwah," katanya.
Sementara itu seorang guru Muhammad Fadlan Aiman Mhd Fadzy, 28, pula berkata, mendapat berita seorang demi seorang jirannya dijemput Ilahi bukannya suatu perkara yang menyenangkan, malah pengalaman itu menyebabkan kedua orang tuanya trauma dan dirundung kesedihan yang teramat.
"Seramai 15 orang jiran kami meninggal dunia disebabkan COVID-19, kebanyakannya adalah kawan rapat mak dan ayah, saya juga kenal mereka sejak kecil, sebab itu mak dan ayah terlalu sedih dengan apa yang terjadi.
"Esok tamat PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan), tapi mak pesan dekat kakak jangan balik rumah tiga bulan, padahal kakak duduk dekat taman kami saja. Mak terlalu trauma, dia tak mahu ambil risiko benarkan anak cucu datang," katanya yang juga terbabit dalam kluster Dah Mahsuri.
Mengimbas sebelum ini, ibu serta ayahnya mula mendapat simptom COVID-19, Muhammad Fadlan berkata ibunya Azizah Abdullah, 62, mula demam pada hari raya pertama (13 Mei), diikuti ayahnya Mhd Fadzy Ismail, 66, pada raya ketiga dan akhirnya dirinya turut demam.
"Saya dihantar ke pusat kuarantin di Sungai Petani, emak ke Kulim dan ayah ke Hospital Kuala Nerang kerana paras oksigennya rendah. Kami tak tahu siapa yang dijangkiti dulu, sebab ayah dan mak memang jemaah surau di taman ni, saya pun selalu ke surau," katanya.
Muhammad Fadlan berkata perit akibat diserang COVID-19 sukar untuk diceritakan, namun dia bersyukur kerana dia dan keluarganya berjaya mengharungi dugaan itu.
"Saya bersimpati dengan rakan-rakan yang kehilangan ahli keluarga, salah seorang rakan saya yang tinggal berdekatan rumah kami, kehilangan ayah dan datuk sekali gus, sangat menyedihkan," katanya.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Mohd Hayati Othman mengesahkan, seramai 15 jemaah masjid di Taman Mahsuri, yang positif COVID-19 meninggal dunia dalam tempoh dua minggu lepas.
Beliau dipetik sebagai berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah dan wabak itu dikesan mula menjangkiti jemaah masjid terbabit sejak Mei, hingga tercetusnya kluster Dah Mahsuri, membawa pelaksanaan PKPD di Taman Mahsuri di sini, sejak 18 Mei lalu, dan akan berakhir esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 14 2021

Semalam, Dr Mohd Hayati mengesahkan, seramai 15 jemaah masjid di Taman Mahsuri, yang positif COVID-19 meninggal dunia dalam tempoh dua minggu lepas. - Gambar hiasan/ Bernama

Pulau Pinang peruntuk lebih RM49 juta untuk program i-Sejahtera Fasa 1 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM49.45 juta kepada 274,151 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2025.

Inspektor tunjuk reaksi wajah 'kosong’ ibu Zayn Rayyan di mahkamah
Nina Syamimi berkata, maksud kosong itu ialah tiada sebarang reaksi daripada pengadu, yang juga ibu kepada kanak-kanak autisme berkenaan, pada ketika itu.
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 15 November 2024.

COVID-19: Penduduk Taman Seri Pulai Perdana diminta jalani saringan
Kluster Pulai Perdana Tiga, dikesan hasil saringan bersasar oleh Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru pada 6 Januari lepas.

15 jemaah masjid meninggal dunia: "Cepatnya COVID-19 'rampas' suami dan jiran saya" - Fadzilah
"Jangan lupa, hari kelima jemput ayah balik, masa tu mesti dah lega," pesan Ismail Putih dengan penuh yakin kepada anak-anaknya pada 30 Mei lepas.

23 jemaah Masjid Ulul Albab negatif COVID-19
Tiada yang paling menggembirakan buat 23 jemaah Masjid Ulul Albab, Seberang Jertih di sini apabila disahkan negatif COVID-19 melalui hasil dua ujian pengesanan yang dilakukan terhadap mereka.

Pakistan beri kelonggaran berjemaah di masjid menjelang Ramadan
Jemaah disarankan untuk memastikan jarak sejauh 2 meter antara satu sama lain.

Maszlee nafi penduduk Simpang Renggam buat kenduri ketika PKP
Laporan media itu tidak benar kerana menyatakan penduduk di kedua-dua kampung ini mengadakan kenduri dan aktiviti lain ketika PKP dilaksanakan.

'Bumbung masjid tak siap, macam mana kami nak solat Aidiladha'
Setiap kali selepas hujan, beliau bersama ahli jawatankuasa masjid terpaksa mengelap lantai bagi memastikan kariah dapat menunaikan solat.