PULAU REDANG: Sebanyak 131 buah bot yang telah lucut hak ditenggelamkan di seluruh perairan Terengganu untuk dijadikan tukun tiruan bermula tahun 2010 sehingga kini.
Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata jumlah tersebut melibatkan nilai rampasan sebanyak RM196.5 juta.
Penenggelaman bot itu merupakan isyarat ketegasan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam menangani masalah pencerobohan bot nelayan asing di perairan Terengganu.
Menurut Muhammad Suffi, kaedah pelupusan bot sebagai tukun tiruan antara program pemuliharaan semula hasil laut dan menggalakkan biodiversiti marin.
“Tahun ni juga kita anggarkan sebanyak 35 buah bot lagi kita akan tenggelamkan. Di mana masih lagi terdapat lapan buah bot di Maritim Negeri Terengganu dan 17 buah bot di zon mati Kemaman. Kesemua bot ini ada yang telah mendapat perintah lucut hak dan masih menunggu proses pelupusan. Ada juga masih dalam kes-kes mahkamah yang sedang berlangsung,” jelas beliau.
Dalam pada itu, sebanyak empat buah bot Vietnam telah dilupuskan dan ditenggelamkan di kedudukan kira-kira satu batu nautika dari Pulau Redang pada Rabu.
Beliau berkata, jumlah itu melibatkan denda mahkamah sebanyak RM6.58 juta.
Tambahnya program pelupusan bot terbabit turut mendapat kerjasama dari Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Taman Laut dan Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT).
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wed Jan 19 2022

Penenggelaman bot itu merupakan ketegasan APMM dalam menangani masalah pencerobohan bot nelayan asing di perairan Terengganu. - Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

131 bot dilucut hak, ditenggelamkan di perairan Terengganu sejak 2010
Penenggelaman bot itu merupakan ketegasan APMM dalam menangani masalah pencerobohan bot nelayan asing di perairan Terengganu.