Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan syabas kepada anggota Parlimen yang komited bersidang selama 20 hari di Dewan Rakyat baru-baru ini, yang menyaksikan sebanyak 13 Rang Undang-Undang (RUU) dibentang dan diluluskan.
Perdana menteri berkata sesi Parlimen itu dilihat amat produktif dan bermakna kerana anggota Parlimen Barisan Nasional mendengar denyut nadi dan keperluan rakyat.
"Selama 20 hari itu, banyak perkara telah dibahaskan dan sejumlah 13 Rang Undang-Undang telah dibentangkan dan menerima kelulusan daripada Yang Berhormat sekalian.
"Antaranya, ada tiga Rang Undang-Undang yang amat penting dan dekat di hati saya, apa yang saya sifatkan sebagai "Rakyat Didahulukan"," katanya dalam catatan di blognya www.najibrazak.com hari ini.
Tiga RUU itu ialah Rang Undang-undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Kebankrapan (Pindaan) 2016.
Mengulas lanjut mengenai Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Najib berkata ia akan dikuatkuasakan bagi memerangi jenayah penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia.
"Saya berasa sedih bercampur marah apabila membaca statistik bahawa lebih 12,000 kes penderaan seksual kanak-kanak telah dilaporkan.
"Kini, mereka yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan dan akan dikenakan hukuman berat, berdasarkan jenis kesalahan yang disabit. Ada yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun," katanya.
Beliau berkata selain hukuman, rakyat juga perlu dididik terutamanya anak-anak agar mereka tahu teknik pencegahan dan menjaga keselamatan diri, hak mereka dari segi undang-undang, perlindungan yang diberikan, bantuan yang disediakan dan sebagainya.
Katanya inisiatif itu akan diterajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Bagi Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017, perdana menteri berkata kerajaan telah menjadikan hukuman penjara serta hukuman sebat sebagai hukuman mandatori bagi kesalahan menyebabkan kecederaan dan jenayah seksual seperti rogol, sumbang mahram, kesalahan merangsang kanak-kanak dan sebagainya.
Najib berkata pindaan itu meluas dan merangkumi kesalahan seksual terhadap masyarakat secara umum, bukan sahaja kanak-kanak dan tidak ada ruang kompromi atau belas kasihan terhadap pesalah laku.
"Kita akan melindungi mangsa keganasan domestik, kanak-kanak serta anggota-anggota keluarga daripada pemangsa," katanya.
Bagi Rang Undang-Undang Kebankrapan (Pindaan) 2016, Najib berkata ia akan memberi peluang kedua kepada individu yang pernah diisytiharkan bankrap.
"Kerajaan memperjuangkan bukan sahaja nasib dan kebajikan individu yang telah diisytihar muflis kerana hukuman dahulu seolah-olah mereka dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dari segi kewangan dan ekonomi, malah juga telah mengetengahkan masalah yang dihadapi oleh penjamin yang teraniaya akibat menanggung beban orang yang berhutang".
"Saya ambil peluang ini untuk mengucapkan syabas kepada semua wakil rakyat Barisan Nasional kerana mendengar denyut nadi dan keperluan rakyat. Teruskan usaha!," katanya.
Sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 itu bermula 6 Mac hingga 6 April lepas. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2017
Perdana menteri berkata sesi Parlimen itu dilihat amat produktif dan bermakna kerana anggota Parlimen Barisan Nasional mendengar denyut nadi dan keperluan rakyat. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 21 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (20 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kebakaran di Kolej Virginia Intermont berulang
Anggota Bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di bekas premis Kolej Virginia Intermont di Bristol, Amerika Syarikat pada awal pagi Jumaat. Setakat ini yang paling teruk terjejas adalah dewan utama kolej berkenaan.
Penentang kongsi video tewaskan tentera Junta Myanmar
Tentera Penentang Arakan pada Jumaat mendakwa telah berjaya menundukkan kekuasaan tentera Junta di pekan Ann di wilayah bergolak Rakhine. Dalam video yang dikongsikan tentera Arakan, beberapa anggota tentera Junta dilihat menyerah diri selepas beberapa siri letupan dan tembakan berlaku.
Rakyat Israel bakar masjid di Tebing Barat
Rakyat Israel yang menduduki tebing barat secara paksa membakar sebuah masjid di Gaza pada Jumaat. Dalam video yang dikongsikan oleh penduduk Palestin, selain dibakar, dinding-dinding masjid juga diconteng dengan perkataan-perkataan berunsur kebencian seperti 'balas dendam' dan 'kematian orang arab' dalam bahasa Ibrani.
Suspek tikaman murid di sekolah rendah baru berusia 19
Pihak kementerian dalam negeri yang hadir melakukan tinjauan dan siasatan di sekolah rendah di Zagreb, Croatia itu mengesahkan bahawa suspek yang ditahan baru berusia 19 tahun. Katanya suspek memasuki sekolah pada jam 9.50 pagi dilihat memasuki perkarangan sekolah berkenaan dengan objek tajam sebelum menggunakan ia untuk menyerang guru dan beberapa kanak-kanak.
Murid maut dalam insiden tikaman di Zagreb
Kejadian tikaman di sebuah sekolah di Croatia mengorbankan seorang murid pada Jumaat. Penyerang bersenjatakan pisau bukan sahaja menyerang murid-murid sekolah rendah berkenaan, malah turut menyasarkan para guru.
Malaysia sokong Deklarasi Kaherah perkasa belia
Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap Deklarasi Kaherah yang diluluskan semasa Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) di Kaherah, Mesir, dalam usaha memperkasa belia sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi mampan.
Polis tahan pemandu lelaki terlibat kemalangan, positif dadah
Seorang pemandu lelaki yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di KM141 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pagi Jumaat ditahan polis kerana positif dadah.
Tahanan termasuk artis wanita Kelantan dalam keadaan baik
Pengarah Penjara Narathiwat, Superintendan Surin Chanthep memaklumkan, kesemua enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis wanita Kelantan yang ditahan di Penjara Narathiwat berada dalam keadaan baik sepanjang hampir 50 hari berada di penjara itu.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.