SHAH ALAM: Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 10.14 pagi dan tiba di tempat kejadian 13 minit kemudian.
Beliau berkata operasi pemadaman melibatkan 50 pegawai dan anggota bomba bersama 14 jentera daripada sembilan Balai Bomba dan Penyelamat.
"Kebakaran melibatkan 13 unit kontena daripada keseluruhan 333 unit yang berkeluasan 10 x 40 kaki persegi dan 20 x 10 kaki persegi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Wan Md Razali pihak bomba berjaya melakukan 'fire break' melalui kaedah pemadaman dan pengasingan kontena yang belum terbakar.
Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 11.40 pagi dan dipadamkan pada 2.20 petang namun kerja-kerja overhaul masih dilakukan di lokasi kejadian.
Sementara itu, Northport dalam kenyataan memaklumkan insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dan operasi pelabuhan juga tidak terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, pagi tadi. - Foto Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

14 kontena terbakar di Pelabuhan Barat
Sebanyak 14 kontena mengandungi pelbagai barangan perindustrian di Pelabuhan Barat, Pulau Indah, Klang terbakar tengah hari tadi.

Kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang terbakar - Bomba
Kebakaran itu membabitkan kapal KMTC Shenzhen di kawasan lebih kurang enam batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong.

13 kontena terbakar: Siasatan dilakukan termasuk ikrar palsu - Loke
Siasatan masih dilakukan oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Northport sama ada bahan yang diikrar itu adalah benar atau tidak.

13 kontena terbakar di Pelabuhan Klang
Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, pagi tadi.