KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 masjid di Wilayah Persekutuan telah dipilih sebagai pusat aduan dan khidmat kaunseling kepada mangsa keganasan rumah tangga yang memerlukan khidmat nasihat, sokongan psikologi serta kaunseling.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata selain itu, dua masjid iaitu Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Masjid Al-Ghufran di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pula dipilih sebagai Pusat Transit Keganasan Rumah Tangga bagi membolehkan mangsa mendapatkan perlindungan.
"Kementerian bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mewujudkan Pusat Transit Keganasan Rumah Tangga di masjid-masjid di Wilayah Persekutuan. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memperluaskan fungsi masjid sebagai pusat komuniti setempat yang menyediakan pelbagai kemudahan meliputi keperluan psikososial dan spiritual," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita Tahun 2023 (EVAW)), di sini pada Sabtu.
Nancy berkata inisiatif berkenaan telah dilaksanakan sejak 2021 di bawah pelan pengimarahan masjid di bawah JAWI.
Nancy berkata isu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan sering menjadi fokus utama kerana ia melangkaui batas sempadan, agama, bangsa dan budaya.
Katanya berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hampir satu daripada tiga wanita di seluruh dunia mengalami keganasan fizikal atau keganasan seksual sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
"Tragedi ini telah merebak kepada situasi dan keadaan yang berbeza, termasuk di tempat awam, tempat kerja dan dalam talian serta telah diburukkan lagi oleh kesan pasca-pandemik COVID-19. Terdapat lima bentuk keganasan yang dikenal pasti boleh berlaku kepada wanita, iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan sosial, penderaan kewangan serta penderaan psikologi dan emosi.
Masyarakat lebih mengetahui mengenai penderaan fizikal dan seksual. Namun begitu, ramai yang kurang sedar mengenai jenis bentuk keganasan lain yang boleh berlaku terhadap wanita. Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita adalah bentuk penderaan psikologi dan emosi," katanya.
Nancy berkata berdasarkan statistik polis, kes keganasan terhadap wanita yang melibatkan keganasan rumah tangga, jenayah rogol dan gangguan seksual di seluruh negara merekodkan sebanyak 9,334 kes pada 2021 dan 8,580 kes pada 2022 dan bagi tahun ini, sehingga Ogos, sebanyak 5,050 kes telah direkodkan.
Nancy berkata bagi menangani isu keganasan terhadap wanita, kementerian telah melaksanakan Program Advokasi Antigangguan Seksual (AAGS) bertujuan memberikan kesedaran dan pendidikan mengenai gangguan seksual agar budaya penormalan gangguan seksual dapat dihapuskan dan sehingga Isnin lepas (20 Nov) sebanyak 66 program AAGS membabitkan 19,423 peserta telah dilaksanakan.
Sementara itu, berhubung isu warga emas yang disyaki melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) banjir, beliau berkata mangsa yang terlibat telah diberikan kaunseling manakala lelaki berkenaan sudah ditahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023

Nancy berucap ketika merasmikan sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Program Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Hilir. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.

Pengurusan surau, masjid berusia puluhan tahun disaran periksa sistem pendawaian
Langkah itu bertujuan mengelak insiden litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran sekali gus mengancam keselamatan jemaah.

Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok
Kesemua masjid berkenaan akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir, esok selepas solat Jumaat.

Mendapan tanah: Masjid di Kampung Bawah Bukit masih selamat digunakan - JKR Perlis
Masjid As-Solihin di Kampung Bawah Bukit, Chuping dekat sini masih selamat untuk digunakan orang ramai setakat ini meskipun berlaku mendapan tanah.

Dua warga Pakistan antara empat maut dalam tembakan berhampiran masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat tembakan di sekitar masjid di kawasan Wadi al-Kabir di ibu negara, Muscat.

Tembakan di masjid di Muscat, polis Oman lancar siasatan
Polis memaklumkan semua langkah dan prosedur keselamatan yang diperlukan telah diambil sebagai tindak balas terhadap insiden itu.

Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.

JAKIM saran institusi masjid teroka teknologi AI
JAKIM menyarankan institusi masjid di negara ini memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) sejajar dengan hasrat kerajaan dalam pendigitalan penyampaian perkhidmatan.