KUALA LUMPUR:Seramai 118 pekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur disahkan positif COVID-19, hari ini.
Memetik laporan The Star, Presiden Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur, Wong Keng Fatt berkata, daripada jumlah tersebut, 31 pekerja melibatkan bahagian sayur, manakala 87 lagi di bahagian ikan.
"Kami melantik makmal swasta untuk menjalankan RT-PCR (ujian calitan COVID-19) kepada para pekerja dan keputusan telah dikongsi dengan tiga persatuan di sini.
"Pekerja bahagian buah-buahan pula menjalani ujian semalam (Isnin) dan keputusan dijangka diperolehi pada Khamis ini," katanya memetik laporan tersebut.
Dalam perkembangan sama, bahagian penjualan ikan di pasar itu kini ditutup sementara waktu sejak Isnin untuk proses nyah kuman dan akan kembali beroperasi pada 22 Januari ini.
Jelas Wong lagi, satu mesyuarat melibatkan persatuan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diadakan pada Rabu.
Mesyuarat itu bagi memutuskan sama ada seluruh Pasar Borong berkenaan perlu ditutup, atau sebaliknya.
“Susulan daripada itu, kami telah memaklumkan kepada ahli persatuan kami bahawa operasi akan ditutup pada Khamis.
“Ini bagi membolehkan mereka menguruskan bekalan sebaiknya.
“Melihat kepada keadaan tersebut, bahagian sayur-sayuran dijangka ditutup untuk beberapa hari bagi tujuan proses nyah kuman. Bagaimanapun, ia tidak ditutup sepenuh,” jelasnya.
Astro Awani
Tue Jan 19 2021

Bahagian penjualan ikan di pasar itu kini ditutup sementara waktu sejak Isnin untuk proses nyah kuman dan akan kembali beroperasi pada 22 Januari ini.- Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar
Keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipertandingkan atau sebaliknya dalam pemilihan Mei depan, akan diputuskan pucuk pimpinan.

Ecuador adakan pilihan raya umum
Rakyat Ecuador keluar mengundi pada Ahad untuk memilih seorang presiden, naib presiden, 151 anggota Dewan Negara dan lima anggota Parlimen Andean untuk tempoh empat tahun.

Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.

Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.

Ringkasan fakta: Siapa Donald Trump?
Perjalanan politik Donald Trump penuh warna-warni dan pada 20 Januari 2025, beliau akan kembali semula ke White House.

Pihak berkuasa AS beri amaran mengenai campur tangan Rusia dalam kempen pilihan raya
Rusia dipersalah berkaitan video "individu yang mendakwa berasal dari Haiti dan menyamar untuk mengundi di beberapa daerah di Georgia".

Duma Boko diisytihar Presiden ke-6 Botswana
Duma Boko, calon presiden daripada parti Payung Perubahan Demokratik (UDC), diisytiharkan sebagai presiden keenam Botswana.

Uruguay adakan pilihan raya presiden dan parlimen
Yamandu Orsi daripada pakatan sayap kiri Frente Amplio mendahului pesaingnya Alvaro Delgado daripada parti pemerintah konservatif, Partido Nacional.

Kamala Harris dedah laporan kesihatan untuk cabar Trump
Keadaan kesihatan Harris sangat baik dan beliau mempunyai ketahanan fizikal serta mental yang diperlukan untuk berkhidmat sebagai presiden.