Polis memanggil penceramah bebas, Dr. Zakir Naik bagi memberi keterangan berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan dalam satu syarahan di Kelantan baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, penceramah itu dipanggil selepas menerima 115 laporan polis berhubung perkara tersebut.
Katanya, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan pihaknya memberi amaran keras agar menghentikan penyebaran perkara-perkara yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.
“Siasatan sedang dijalankan. Cuma apa yang boleh saya nyatakan di sini hentikanlah dari penyebaran perkara yang memecahkan keharmonian. Pihak polis kita akan ambil tindakan ke atas siapa yang ingin berhasrat mengganggu ketemteraman. Ini satu amaran daripada pihak polis,” ujar Mazlan.
Sebelum ini Zakir dilaporkan membuat kenyataan pedas terhadap kaum Cina sebagai respons balas atas gesaan pengkritiknya supaya beliau keluar dari negara ini.
Kenyataan itu dibuat pada satu syarahan di Kelantan, Khamis lalu, di mana Zakir turut mengeluarkan kenyataan berkaitan penganut Hindu yang menurutnya lebih percaya dengan Perdana Menteri India berbanding Malaysia.
Terdahulu, Mazlan melakukan lawatan ke atas Ketua Polis Daerah Besut, Mohd Zamri Mohd Rowi yang cedera akibat di tetak di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Keadaan mangsa dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan selama 14 jam bagi menyambung semula ibu jari yang terputus.
Muhafandi Muhamad
Fri Aug 16 2019

Dr Zakir Naik dipanggil selepas polis menerima 115 laporan berhubung kenyataan dalam syarahannya di Kelantan. - Gambar fail
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.

Singapura perkenal rang undang-undang kekalkan keharmonian kaum
Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu di Parlimen pada Selasa.

Berlainan bangsa, budaya serta agama bukan halangan penyatuan dan perpaduan
Dengan amalan saling hidup bersatu dalam suasana penuh harmoni, hendaknya tidak ada mana-mana kaum yang mengganggap mereka dipinggirkan.

Jangan tular semula komen provokasi kaum lama - PDRM
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan semula satu komen berbaur perkauman secara provokasi yang pernah tular menerusi Facebook beberapa bulan lepas, kerana ia boleh menggugat ketenteraman

Jangan besarkan isu yang boleh jejas keharmonian kaum di Sabah
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah meminta semua pihak tidak membesarkan isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum di negeri ini.

MAIWP cadang memasyarakatkan masjid, santuni pelbagai kaum
Eratkan lagi perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan, selain menyemai sifat hormat-menghormati dan berkasih sayang sesama masyarakat.

Jangan biarkan perkara remeh gugat keharmonian kaum - Tun M
Rakyat Malaysia tidak harus membiarkan perkara remeh menjadi penyebab mereka membenci satu sama lain dan sebaliknya perlu berusaha mengukuhkan lagi hubungan antara kaum di negara ini.

Persefahaman agama kunci perpaduan - Waytha Moorthy
Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy hari ini menegaskan kepentingan memahami sensitiviti agama yang menjadi platform kepada keharmonian kaum di negara ini.

Isu Zakir Naik: Ada banyak lagi kenyataan sensitif, tapi hanya sepihak dipersalah - Mufti Perlis
Kata Mohd Asri, meskipun berbeza pendapat, adalah tidak adil apabila Dr Zakir dilayan sebegitu hingga dihukum keluar dari negara ini.

115 laporan polis diterima, Zakir Naik akan dipanggil beri keterangan - Mazlan
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, penceramah itu dipanggil selepas menerima 115 laporan polis berhubung perkara tersebut.