KUALA LUMPUR: Seramai 110 mangsa yang diperdayakan sindiket penipuan bekerja di luar negara berjaya diselamatkan dan dibawa pulang, kata Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin.
Beliau berkata berdasarkan laporan yang diterima dari 2021 sehingga hari ini, masih terdapat 174 mangsa sindiket berkenaan yang terkandas di luar negara.
"Bagi tempoh yang sama PDRM telah menerima 224 laporan melibatkan 284 mangsa daripada ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa berkaitan rakyat tempatan yang diperdayakan oleh sindiket penipuan untuk bekerja di luar negara.
"PDRM akan terus menggunakan semua platform untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi terutama Interpol (Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa), Aseanapol (Polis ASEAN) untuk menangani penipuan tawaran kerja kepada rakyat Malaysia di luar negara, selain turut terlibat dalam jawatankuasa khas yang diterajui oleh Kementerian Luar Negeri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu Noorsiah berkata PDRM menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati ketika menerima tawaran-tawaran pekerjaan di luar negara melalui media sosial, dan membuat semakan terlebih dahulu mengenai kesahihan atau ketulenan maklumat majikan dengan Kementerian Luar Negeri.
"PDRM juga mengalu-alukan kerjasama daripada masyarakat untuk melaporkan sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah sindiket penipuan pekerjaan agar tindakan lanjut dapat diambil," katanya.
Pada 20 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan akan memastikan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di beberapa negara dibawa pulang dengan selamat dan usaha sedang dilaksanakan melalui saluran yang ada.
Ismail Sabri juga menegaskan kerajaan amat prihatin dan mengambil serius mengenai nasib rakyat Malaysia yang terkandas di Laos, Myanmar, Thailand dan Kemboja kerana menjadi mangsa sindiket penipuan kerja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022
Seramai 110 mangsa yang diperdayakan sindiket penipuan bekerja di luar negara berjaya diselamatkan dan dibawa pulang, kata Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin.
Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.
Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.
Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga 9 malam ini.
Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.
MotoGP musim baharu di Thailand dilancar
Bandar Bangkok bergema dengan bunyi hon dan deruan motosikal sebagai simbolik pelancaran MotoGP musim baharu di Thailand pada Ahad.
Penagih dadah: Singapura saksi peningkatan 30 peratus penagih bawah 20 tahun
Laporan Situasi Dadah Singapura 2024 yang dikeluarkan pada Rabu mendedahkan bahawa lebih separuh daripada penagih baharu yang ditahan dalam tempoh dua tahun lalu berusia bawah 30 tahun.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pendaftaran boleh dilakukan melalui mana-mana Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID).
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir turut menekankan keperluan penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, dengan menghormati hak rakyat di rantau berkenaan.
66 wilayah Thailand menghadapi kualiti udara berbahaya
Sebanyak 66 daripada 76 wilayah di Thailand diselubungi dengan tahap pencemaran habuk yang tidak selamat pada pagi Rabu, dengan jerebu terburuk menyelubungi Greater Bangkok.
110 mangsa sindiket penipuan bekerja di luar negara berjaya diselamatkan
Seramai 110 mangsa yang diperdayakan sindiket penipuan bekerja di luar negara berjaya diselamatkan dan dibawa pulang, kata Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin.