Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Jumaat mengumumkan pertukaran dan penyelarasan pegawai kanannya, berkuat kuasa 18 Julai depan.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan berkata, pertukaran antara lain membabitkan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri yang baharu.
Tempat beliau diambil alih oleh Datuk Abd Rahim Jaafar yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Polis Selangor.
Sementara Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor.
Kenyataan itu turut memaklumkan Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Abd Manan Mhd Hassan dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Pegawai Turus Penyelidikan II (Ancaman Ekonomi, Keselamatan dan Maklumat), Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Supt Azmi Isa dilantik sebagai Pegawai Turus Penyelidikan I cawangan yang sama dengan memangku pangkat ACP.
Azmi menggantikan ACP Mohamad Nadzri Mat Isa yang bertukar sebagai Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Keurusetiaan, Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
ACP Aris@Arif Omar yang sebelum ini memegang jawatan Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilantik sebagai Timbalan Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA).
Jawatan beliau akan diganti ACP Saiful Annuar Yusoff yang sebelum ini, memegang jawatan Pegawai Turus (PT) Urusetia Ketua Polis Negara (Pentadbiran), Bukit Aman.
Supt Salim Youb yang sebelum ini memegang jawatan Pegawai Turus E4, Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dilantik sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas I, IPK Sabah dengan memangku pangkat ACP menggantikan ACP Md Zainal Rahmat yang dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas I, IPK Sabah dengan memangku pangkat SAC.
Pegawai Turus E1C5, Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Supt Abdullah Mohammad Piah pula dilantik sebagai Penolong Pengarah E1C, di cawangan yang sama dengan memangku pangkat ACP.
Bernama
Sat Jun 18 2016
PDRM mengumumkan pertukaran dan penyelarasan pegawai kanannya, berkuat kuasa 18 Julai depan.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak
Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan yang baharu, bersempena dengan Program 2TM.
2TM: PDRM tawar pengurangan saman 60 peratus
Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Fairul Nizam Che Rus berkata kadar diskaun tahun ini meningkat berbanding 50 peratus yang ditawarkan pada program tahun lepas.
Perhalusi cadangan hukuman tahanan di rumah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap supaya cadangan kerajaan untuk menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah diteliti dan diperhalusi.
PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Dis ini.
Kanak-kanak 8 tahun ditemukan lemas di tebing Sungai Danga
Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang terjatuh ke dalam longkang besar di kawasan Bandar Baru Uda, Tampoi di sini semalam ditemukan lemas di tebing Sungai Danga petang tadi.
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.
Tahap integriti polis masih membimbangkan - KPN
Tahap integriti warga PDRM masih membimbangkan walaupun peringatan dan amaran diberikan berulang kali mengenai perkara berkenaan.