KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima sejumlah 103 aduan mengenai fasiliti yang menawarkan perkhidmatan estetik antara Januari hingga Ogos tahun ini.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata laporan itu melibatkan kesan advers termasuk kecacatan dan kematian akibat prosedur estetik yang dilakukan oleh pengamal dan bukan pengamal perubatan yang tidak cekap.
Beliau berkata prosedur perubatan estetik, terutama yang invasif dan invasif minimum hanya boleh dijalankan oleh pengamal perubatan berkelayakan di premis yang berdaftar atau berlesen di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmataan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).
"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan KKM telah melaksanakan libat urus dengan pihak berkepentingan untuk memahami situasi dengan lebih jelas dan untuk membangunkan peraturan yang akan melindungi orang awam serta tidak menghalang perkembangan industri ini.
"Mengawal selia industri ini memberi faedah memandangkan pengamal tidak sepatutnya dibenarkan melanggar prosedur perubatan," katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Dermatologi dan Perubatan Estetik Asia (ADAMS) 2022 yang julung kali dianjurkan, hari ini.
Sementara itu, bercakap pada sidang media, Khairy berkata KKM akan mencadangkan konsesi ditenderkan bagi pembinaan tempat letak kereta bertingkat di hospital yang memerlukan dalam masa terdekat.
Beliau berkata ketika ini kementerian itu sedang membuat pemetaan hospital yang berdepan masalah kekurangan tempat letak kereta kritikal seperti Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Serdang.
"Apabila pemetaan (selesai) dibuat, kita akan bincang dengan EPU (Unit Perancang Ekonomi) untuk pembinaan. Sebab itu adalah satu caranya untuk kita memaksimumkan kawasan terhad dengan kemudahan tempat letak kereta bertingkat seperti yang kita buat di Hospital Kuala Lumpur," katanya.
Mengulas isu lain, Khairy berkata KKM tidak merancang mengkaji semula tempoh kuarantin wajib COVID-19 selama lima hari dan hanya akan berbuat demikian apabila penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 berakhir hujung tahun ini.
"Sekarang kita semua bergantung pada integriti masing-masing. Apabila kita masuk ke fasa peralihan ke endemik, kita serah kepada kebertanggungjawaban individu dan solidariti komuniti. Jadi inilah pendekatan yang telah kita persetujui dan kita mesti jujur dengan apa sahaja laporan yang kita buat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022
Khairy Jamaluddin berkata laporan itu melibatkan kesan advers termasuk kecacatan dan kematian akibat prosedur estetik yang dilakukan oleh pengamal dan bukan pengamal perubatan yang tidak cekap. - Gambar hiasan/Pexels
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Deklarasi Kuala Lumpur komitmen penjawat awam sokong penuh agenda reformasi - KSN
Deklarasi Kuala Lumpur-Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia menjadi komitmen penjawat awam seluruh negara untuk menyokong sepenuhnya agenda reformasi perkhidmatan awam.
103 aduan mengenai penyedia perkhidmatan estetik antara Januari-Ogos - Khairy
Libatkan kecacatan dan kematian akibat prosedur estetik yang dilakukan oleh pengamal dan bukan pengamal perubatan yang tidak cekap.