Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk melaksanakan 17 inisiatif yang berkaitan dengan soal tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam tempoh 100 hari pertama pemerintahan.
Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, banyak kejayaan yang telah ditempa dalam masa yang singkat di bawah kepimpinan Dr Mahathir bagi melahirkan Malaysia yang bebas rasuah dan berintegriti tinggi.
Menurut beliau, dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai AntiRasuah (JKKMAR) baru-baru ini, Dr Mahathir ada memaklumkan bahawa dalam konteks tadbir urus, integriti, antirasuah dan hak asasi manusia, negara telah mula dengan langkah yang baik.
"Kita telah berjaya menggerakkan strategi secara holistik untuk Malaysia lebih dikenali kerana integritinya dan bukan kerana rasuah," kata beliau.
Katanya, kerajaan berkomited untuk memulihkan imej "negara kleptokratik" dan mahu Malaysia dikenali sebagai sebuah negara demokratik dan dengan rakyatnya yang berintegriti.
Untuk rekod, sebanyak 21 daripada 60 janji dalam manifesto Pakatan Harapan memberi fokus kepada soal tadbir urus, integriti, antirasuah dan hak asasi manusia.
Dalam beberapa kenyataan sebelum ini, Dr Mahathir sendiri telah menzahirkan komitmen kerajaan untuk menangani isu rasuah di negara ini.
Bagi membolehkan harapan rakyat menjadi kenyataan, kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR).
JKKMAR telah tiga kali bermesyuarat dengan yang terbaharu pada 13 Ogos lalu.
Selain pembentukan JKKMAR, Dr Mahathir telah bersetuju untuk menubuhkan GIACC yang mempunyai enam peranan utama dalam soal tadbir urus, integriti dan antirasuah.
Pengumuman kedua-dua JKKMAR dan GIACC telah diumumkan Jun lalu iaitu tidak sampai sebulan sejak PH mengambil alih pemerintahan kerajaan pusat.
Antara perkara yang telah dilaksanakan:
1. Mewujudkan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) bagi menggantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan bagi menggerakkan dasar-dasar kerajaan berkaitan governans, integriti dan antirasuah.
2. Penubuhan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) di mana Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai Ketua Pengarah yang pertama.
3. Penambahbaikan terhadap takrifan “Ahli Politik” yang didapati tidak sesuai dilantik sebagai pengerusi atau ahli lembaga pengarah sesebuah syarikat atau GLC.
4. Penambahbaikan terhadap dasar perisytiharan harta oleh anggota pentadbiran Kerajaan.
5. Menggubal Akta Pembiayaan Politik bagi meningkatkan integriti sistem politik negara.
6. Penambahbaikan terhadap mekanisme penerimaan hadiah, keraian serta upahan oleh anggota-anggota pentadbiran dan penjawat awam.
7. Menggubal Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP).
8. Anggota Pentadbiran tidak lagi boleh mengeluarkan Surat Sokongan ke atas mana-mana projek atau urusan permohonan. Ketua jabatan-ketua jabatan juga diminta tidak lagi menganggap Surat Sokongan sebagai arahan atau keputusan Anggota Pentadbiran.
9. Merangka satu undang-undang yang membolehkan tindakan punitif diambil terhadap pegawai-pegawai yang sengaja menyebabkan ketirisan, pemborosan atau pembaziran kepada dana Kerajaan.
10. Mewujudkan sebuah agensi khusus yang bertanggungjawab mengintegrasikan agensi-agensi kawalan sempadan supaya pengurusan sempadan lebih berkesan
11. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diperkasakan. Mekanisme pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang lebih telus dengan pertimbangan daripada Jawatankuasa Pilihan Parlimen.
12. Mengembalikan Kewibawaan Institusi Parlimen.
13. Memantapkan kebebasan Jabatan Audit Negara (JAN). Memberi autonomi dan meletakkan Jabatan Audit Negara di bawah Parlimen.
14. Penubuhan Central Asset Management Corporation (CAMcorp) yang bertanggungjawab bagi pengurusan aset yang dirampas, disita dan dilucut hak
15. Inisiatif Memantapkan Integriti dan Memartabatkan Malaysia – “Malaysia dikenali kerana integritinya, bukan kerana rasuah”.
16. GIACC dilantik untuk meneliti menyelaras 223 daripada 256 syor Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) yang ada kaitan dengan tadbir urus, integriti dan antirasuah.
17. Mengadakan RCI bagi menyiasat isu kewujudan kem pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit Wang Kelian, Perlis.
Media Statement
Fri Aug 17 2018
![100 hari Kerajaan Pakatan Harapan: 17 inisiatif integriti, antirasuah dilaksana 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan: 17 inisiatif integriti, antirasuah dilaksana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81534398944_TUNMAHATHIR.jpg)
Dalam beberapa kenyataan sebelum ini, Dr Mahathir sendiri telah menzahirkan komitmen kerajaan untuk menangani isu rasuah di negara ini. - Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
![Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732335597_AMAZON.jpg)
Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok
Laporan terbaharu menyatakan Amazon turut telah menyatakan hasrat dalam mendapatkan pegangan pada TikTok.
![Akses 5 hari percuma PlayStation+ kepada pelanggan terjejas Akses 5 hari percuma PlayStation+ kepada pelanggan terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739145822_tbPlayStation.jpg)
Akses 5 hari percuma PlayStation+ kepada pelanggan terjejas
Pemacu Blu-Ray untuk PS5 Pro serta PS5 Slim turut tidak boleh membaca cakera permainan fizikal kerana tidak dapat disahkan dalam talian.
![Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729211988_EmmanuelMacron.jpg)
Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI
pelaburan tersebut termasuk rancangan firma pelaburan Kanada, Brookfield, untuk melabur sebanyak 20 bilion euro.
![Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739145604_tbJabaliyarefugeec.jpg)
Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB
Beliau turut menggesa penolakan terhadap sebarang kemungkinan untuk kembali kepada situasi yang membawa lebih banyak kematian dan kemusnahan.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas di muara Sungai Keluang
Seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh ketika bot dinaikinya dilambung ombak, ditemukan lemas di muara Sungai Keluang, jertih pada ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu pada Sabtu dan Ahad.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Operasi khas: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Sebanyak 107,014 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan dan pemandu yang gagal mematuhi peraturan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 yang dijalankan di seluruh negara, sejak 20 Januari hingga Ahad.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
KPN akan terus perkukuh usaha tingkatkan kesedaran, kefahaman perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan terus memperkukuh usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi program bersifat inklusif dan berkesan.
Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani sekolah padat - Fadhlina
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.
!['Barisan kabinet masih ada ciri-ciri pembangkang' - Tun Mahathir 'Barisan kabinet masih ada ciri-ciri pembangkang' - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61534159822_JKKMAR.jpg)
'Barisan kabinet masih ada ciri-ciri pembangkang' - Tun Mahathir
Dalam tinggal kurang dari 24 jam pemerintahan 100 hari PH, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa barisan kabinetnya masih memiliki sifat pembangkang.
![100 hari Kerajaan Pakatan Harapan: 17 inisiatif integriti, antirasuah dilaksana 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan: 17 inisiatif integriti, antirasuah dilaksana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81534398944_TUNMAHATHIR.jpg)
100 hari Kerajaan Pakatan Harapan: 17 inisiatif integriti, antirasuah dilaksana
Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk melaksanakan 17 inisiatif yang berkaitan dengan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam tempoh 100 hari pertama.
![Perancangan keluarga adalah hak asasi manusia Perancangan keluarga adalah hak asasi manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81531325854_DatukDrRajKarim.jpg)
Perancangan keluarga adalah hak asasi manusia
Bertemakan Perancangan Keluarga adalah Hak Asasi Manusia, Hari Penduduk Sedunia disambut di seluruh dunia hari ini.
![Kerajaan negeri Sabah komited mahu bela nasib rakyat Kerajaan negeri Sabah komited mahu bela nasib rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71529225626_SHAFIEOPENHOUSE.jpg)
Kerajaan negeri Sabah komited mahu bela nasib rakyat
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Kerajaan Negeri akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam membela nasib rakyat dalam semua aspek bagi membentuk negeri yang mantap.
![4-5 bulan lagi saya bertanding PRK, Parlimen Pekan pun boleh - Anwar Ibrahim 4-5 bulan lagi saya bertanding PRK, Parlimen Pekan pun boleh - Anwar Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51528354540_AshwadIsmail.jpg)
4-5 bulan lagi saya bertanding PRK, Parlimen Pekan pun boleh - Anwar Ibrahim
"Kawasan mungkin Parlimen Pekan pada waktu itu, saya belum tahu, Datuk Seri Najib nak letak jawatan atau tidak kita belum tahu. Kena fikirlah," kata Anwar sambil tersenyum.
![Semak semula projek mega, termasuk ECRL, HSR - Azmin Semak semula projek mega, termasuk ECRL, HSR - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51526960992_AzminAli.jpg)
Semak semula projek mega, termasuk ECRL, HSR - Azmin
Katanya, projek yang yang akan dikaji semula termasuk yang dicadangkan dan diluluskan secara tergesa-gesa sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.