Penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (Ustaz Kazim) mendedahkan terdapat hampir 100 akaun media sosial seperti Facebook, Instragram dan Twitter palsu yang menggunakan nama beliau.
Menurut Ustaz Kazim, jika dihimpunkan keseluruhan media sosial itu, bilangan pengikutnya mencecah kira-kira 3 juta orang.
Beliau menjelaskan bahawa tidak mempunyai Instagram serta Twitter dan hanya mempunyai satu akaun Facebook di atas nama 'Dato’ Ustaz Kazim Elias'.
“Saya takut adanya salah faham daripada masyarakat luar menganggap itu adalah daripada saya sedangkan saya cuma ada satu sahaja akaun Facebook, Dato’ Ustaz Kazim Elias yang mempunyai 1.2 juta pengikut,” katanya dalam sidang media di Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi, dekat sini pada Jumaat.
Ustaz Kasim memberitahu, beliau telah membuat laporan di Balai Polis Manjoi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 7 Mac lalu, meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab.
Beliau bimbang, terdapat posting di dalam akuan palsu berkenaan yang menyentuh isu keselamatan negara, seperti isu perkauman yang menjadi tempat pertelingkahan antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Beliau memberi contoh, antara isu yang viral ialah pertelingkahan mengenai Zakir Naik sehingga terdapat komen-komen yang menyentuh isu perkauman dan sebagainya.
“Sedangkan itu bukan saya punya dan saya tidak pernah pun memasukkan gambar-gambar yang berkenaan,” ujarnya.
Bimbang unsur penipuan
Menurut beliau, antara laman Facebook yang menggunakan nama beliau ialah 'Koleksi Kata-Kata Ustaz Kazim' dengan 900,000 pengikut, 'Ustaz Kazim Fan Club' (115,000 pengikut) dan 'Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim' (274,000 pengikut).
Ustaz Kazim turut melahirkan rasa bimbang kemungkinan terdapat unsur-unsur penipuan atau tujuan tidak baik di sebalik kewujudkan akaun palsu itu.
“Dan yang saya bimbang, mereka menggunakan Facebook palsu seperti ini untuk mengutip dana atau mengumpulkan derma yang kononnya untuk membantu sekolah saya Al-Barakah.
“Kami pihak sekolah juga tiap-tiap hari menerima panggilan telefon bertanya betul ke kami pungut dana nak bantu orang miskin anak yatim dan sebagainya,” tambah beliau.
Selain itu, ujarnya, terdapat juga posting yang menyiarkan gambar yang bukan-bukan, hadis-hadis palsu dan sebagainya yang turut terpalit kepadanya sehingga beliau dikatakan pengeluar hadis palsu.
“Contohnya baru-baru ini ada yang menunjukkan gambar ikan bawal, kononnya itu gambar ikan paus Nabi Yunus, ini memalukan saya dan saya kecewa kerana dicop sebagai pengeluar hadis palsu,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai, khususnya pengguna laman sosial supaya lebih berhati-hati dan jika boleh gunakan saluran Facebook beliau yang betul.
“Saya juga menyeru kepada yang terlibat mengeluarkan Facebook dan media sosial menggunakan nama saya, supaya hentikan guna nama saya dan Al-Barakah,” ujar Ustaz Kazim.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Mar 10 2017
![100 akaun media sosial palsu guna nama 'Ustaz Kazim' 100 akaun media sosial palsu guna nama 'Ustaz Kazim'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41478421550_KazimElias.jpg)
KAZIM: Bimbang ada pihak menggunakan Facebook palsu untuk mengutip dana.
![Norza Zakaria cipta sejarah warga Malaysia kedua pegang jawatan naib presiden Majlis Olimpik Asia Norza Zakaria cipta sejarah warga Malaysia kedua pegang jawatan naib presiden Majlis Olimpik Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721815321_NorzaZakaria.jpg)
Norza Zakaria cipta sejarah warga Malaysia kedua pegang jawatan naib presiden Majlis Olimpik Asia
Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, bakal dilantik sebagai naib presiden bagi Asia Tenggara dalam Perhimpunan Agung Majlis Olimpik Asia (OCA) di New Delhi, India.
Pantau Agenda Reformasi: Segera tangani jenayah dalam talian: Scam, buli siber dan pedofilia
Apa perlu dilakukan untuk pastikan pengendali aplikasi komunikasi khususnya media sosial perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan tiada sebarang salah laku jenayah bebas dilakukan di dalam platform berkenaan?
![Langkah tangani buli siber diumum dalam masa terdekat - Gobind Langkah tangani buli siber diumum dalam masa terdekat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721818900_GobindSinghDeo.jpg)
Langkah tangani buli siber diumum dalam masa terdekat - Gobind
Kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan termasuk pada perundangan berkaitan isu buli siber dalam masa terdekat.
![Imigresen gempur deretan kedai warga asing di Segambut Dalam Imigresen gempur deretan kedai warga asing di Segambut Dalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721819663_WanMohammedSaupee.jpg)
Imigresen gempur deretan kedai warga asing di Segambut Dalam
Mereka yang ditahan berusia lingkungan 25 hingga 60 tahun melibatkan lapan warga Indonesia, dua rakyat Bangladesh dan seorang dari India.
![Pemimpin dunia, pakar puji Deklarasi Beijing oleh kumpulan Palestin Pemimpin dunia, pakar puji Deklarasi Beijing oleh kumpulan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721730168_HamasWangYi.jpg)
Pemimpin dunia, pakar puji Deklarasi Beijing oleh kumpulan Palestin
Pemimpin dunia memuji Deklarasi Beijing yang ditandatangani oleh 14 kumpulan Palestin, memuji peranan China dalam memudahkan perjanjian itu.
ASNB perkenal RIA, penasihat pelaburan robo mesra pelabur baharu
RIA iaitu robo investment advisor kini diperkenalkan sebagai ciri baharu dalam aplikasi myASNB bagi menjadikan pelaburan lebih mudah dan automatik tanpa memerlukan pengguna untuk menjadi pakar dalam pelaburan.
![Pelarian Rohingya bukan isu Myanmar semata-mata Pelarian Rohingya bukan isu Myanmar semata-mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721819127_IsuRohingyaLaos.jpg)
Pelarian Rohingya bukan isu Myanmar semata-mata
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa isu pelarian Rohingya bukanlah isu yang melibatkan negara Myanmar semata-mata, malah ia merupakan satu isu dominan untuk ASEAN.
![MB Pahang Wan Rosdy kembali bertugas MB Pahang Wan Rosdy kembali bertugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721818123_WanRosdyIsmail.jpg)
MB Pahang Wan Rosdy kembali bertugas
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kembali memulakan tugas rasmi di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
![Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684320459_TBSANUSIBUBARDUN.jpg)
Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah
Pelepasan air dari Empangan Beris di Sik akan dilakukan secara berkala bagi menstabilkan semula paras air di Sungai Muda.
![Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721817034_MuhyiddinYassin.jpg)
Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Persekutuan membenarkan dua wakil rakyat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat Muhyiddin untuk menggantung Parlimen sepanjang tempoh darurat pandemik COVID-19.
![Nama Fadillah Yusof sekali lagi digunakan untuk akaun FB palsu Nama Fadillah Yusof sekali lagi digunakan untuk akaun FB palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693833810_FadillahYusof.jpg)
Nama Fadillah Yusof sekali lagi digunakan untuk akaun FB palsu
Fadillah memaklumkan akaun Facebook yang menggunakan gambar profil beliau dengan nama 'Haji Fadillah Yusuf' adalah palsu.
!['Kat mananya aku buat fake account?' - Ira Kazar jawab tuduhan ganggu Puteri Sarah 'Kat mananya aku buat fake account?' - Ira Kazar jawab tuduhan ganggu Puteri Sarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696320081_TBtuduhan.jpg)
'Kat mananya aku buat fake account?' - Ira Kazar jawab tuduhan ganggu Puteri Sarah
Ira bagaimanapun menerusi sesi siaran langsung di TikTok bersama isteri kepada aktor Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz menegaskan dia tidak pernah mewujudkan akaun palsu seperti yang didakwa.
![Akaun Twitter palsu banjiri platform selepas pengesahan menurun Akaun Twitter palsu banjiri platform selepas pengesahan menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41596537238_Twitter.jpg)
Akaun Twitter palsu banjiri platform selepas pengesahan menurun
Selepas Musk membatalkan dasar pengesahan laman, akaun palsu yang 'disahkan' mendapat banyak perhatian.
![Akaun palsu: PDRM nafi dakwaan terlibat 'troll farm' di media sosial Akaun palsu: PDRM nafi dakwaan terlibat 'troll farm' di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659708879_LogoPDRM.jpg)
Akaun palsu: PDRM nafi dakwaan terlibat 'troll farm' di media sosial
Dalam kenyataan lewat malam tadi, PDRM berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.
![Meta padam akaun FB, IG jadi pusat 'troll', sebahagiannya didakwa ada kaitan dengan PDRM Meta padam akaun FB, IG jadi pusat 'troll', sebahagiannya didakwa ada kaitan dengan PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659691455_Facebooklogo.jpg)
Meta padam akaun FB, IG jadi pusat 'troll', sebahagiannya didakwa ada kaitan dengan PDRM
Syarikat konglomerat media, Meta, menyatakan bahawa ada kemungkinan campur tangan pihak polis di sebalik penutupan lebih daripada 600 akaun FB dan IG di Malaysia.
![Musk ancam tarik diri beli Twitter Musk ancam tarik diri beli Twitter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611300447_ElonMusk.jpg)
Musk ancam tarik diri beli Twitter
Ancaman itu dibuat selepas rangkaian sosial itu gagal untuk memberikan maklumat mengenai akaun palsu kepadanya.
![Hampir separuh pengikut Joe Biden di Twitter adalah akaun palsu - Audit Hampir separuh pengikut Joe Biden di Twitter adalah akaun palsu - Audit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652952318_TBBIDENUNION.jpg)
Hampir separuh pengikut Joe Biden di Twitter adalah akaun palsu - Audit
CEO Tesla, Elon Musk telah menzahirkan kebimbangan tentang peningkatan jumlah akaun palsu, dan mencadangkan usaha pembanterasan dilakukan.
![Akaun Twitter BermanaTV digantung - MCMC Akaun Twitter BermanaTV digantung - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605865167_MCMC.jpg)
Akaun Twitter BermanaTV digantung - MCMC
Paparan di akaun tersebut sering mengelirukan masyarakat, dengan berselindung di sebalik nama parodi yang seolah-olah dikaitkan dengan sebuah agensi berita nasional.
![Bagaimana ingin mengesan jika sesebuah akaun media sosial itu palsu? Bagaimana ingin mengesan jika sesebuah akaun media sosial itu palsu?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607152133_fake.jpg)
Bagaimana ingin mengesan jika sesebuah akaun media sosial itu palsu?
Pernahkah anda berasa ragu-ragu dengan kewujudan sesebuah akaun di laman media sosial sehingga anda tertanya-tanya sama ada akaun tersebut palsu atau tidak?
!['Fake account': Sakit mental, sunyi atau hobi? 'Fake account': Sakit mental, sunyi atau hobi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602935241_fakeaccount.jpg)
'Fake account': Sakit mental, sunyi atau hobi?
Perkara ini seharusnya diberi perhatian, jika tidak ia akan menjadi 'barah' dalam masyarakat kita.