Hasrat berkenaan disuarakan 10 syarikat Malaysia menerusi 11 surat niat, melibatkan 11 projek yang diserahkan dalam majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan surat niat (LoI) antara syarikat Malaysia dan Indonesia yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada Ahad.
Ia melibatkan beberapa syarikat seperti Boustead Properties Berhad dan Berjaya Corp Bhd yang berhasrat untuk terlibat dalam projek pembinaan.
Sementara syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula berhasrat meneroka peluang untuk terlibat dalam sektor tenaga termasuk tenaga diperbaharui.
Sembilan MoU turut ditandatangani pada majlis petang tadi, melibatkan sejumlah RM1.66 bilion.
Sementara itu Menteri ekonomi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang turut hadir di majlis itu berkata MoU terbabit menunjukkan hubungan baik Malaysia dan Indonesia.
"Malaysia adalah antara negara yang sudah tunjukkan minat dan negara pertama yang menyerahkan surat niat ini dimana banyak syarikat Malaysia sudah nyatakan niat dan berikan komitmen dari segi pembangunan, kajian dan sebagainya.
"Dan ini memberikan keyakinan kepada syarikat lain yang berminat untuk turut membangunkan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara, terutamanya syarikat di rantau ini," katanya.
Pengumuman berkenaan dibuat menjelang pertemuan Perdana Menteri dengan Presiden Indonesia Joko Widodo pada Isnin.
Perdana Menteri kini dalam rangka kunjungan rasmi selama dua hari ke Indonesia.