Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau mangsa.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.20 petang.
Seterusnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama dengan dibantu BBP Batu Kurau bergegas ke lokasi.
"Setibanya jentera di lokasi, didapati berlaku kejadian pokok tumbang yang telah menimpa 10 buah rumah di kawasan tersebut.
"Anggota bomba bertindak memotong pokok dengan menggunakan gergaji berantai sehingga semuanya dialihkan," katanya dalam satu kenyataan.
Operasi yang diketuai PPgB Syed Mohammad Firdaus Syed Alhadi itu tamat pada jam 6.50 petang.