KUALA LUMPUR:ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 1 Disember 2020.
1) Sarjan Norihan yang ditembak penyeludup sudah boleh bernafas tanpa alat bantuan
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan Tari yang selamat menjalani pembedahan membuang dua butir peluru di tubuhnya, baru-baru ini, sudah mampu bernafas tanpa bantuan mesin sokongan.
2) Kerajaan Sabah rangka SOP selam skuba
Industri pelancongan di Sabah dijangka akan kembali bangkit selepas ini susulan pengumuman kerajaan membenarkan aktiviti selam skuba pada Isnin.
Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, industri yang lumpuh akibat pandemik COVID-19 itu dijangka menerima sambutan semula membabitkan pelancong domestik terlebih dahulu.
3) COVID-19: 1,472 jangkitan baharu, 1,552 sembuh, 3 kematian
Sebanyak 1,472 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan keseluruhan kes positif di Malaysia kini sebanyak 67,169 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu terdapat lima kes import yang dilaporkan.
4) KKM kesan dua lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat dua lagi pertambahan kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster View Kolombong dan Kluster Talang-Talang.
5) Ugut bunuh Ketua Polis Negara, Sebastian kini diburu - Bukit Aman
Polis sedang memburu seorang lelaki dikenali sebagai Sebastian yang mengugut untuk menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kes itu dan sedang mengesan suspek .
6) Tindakan tegas terhadap anggota polis terbabit seludup dadah ke lokap
Polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana anggotanya jika terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah termasuk menyeludupnya untuk tahanan di dalam lokap.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Kamarulzaman Mamat berkata polis tidak mengamalkan 'pilih kasih' dalam usaha memerangi kegiatan dadah secara habis-habisan
7) SPRM kesan dua individu bantu siasatan kes salah guna cap sempadan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.
8) Lagi laporan salah laku seks penceramah bebas, polis tubuh pasukan siasatan khas - Bukit Aman
Polis secara keseluruhan kini sudah menerima tujuh laporan terhadap seorang penceramah bebas yang kini direman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
9) Tiga lagi termasuk suspek tetak pesara Mardi di Bangsar diberkas
Tiga lelaki termasuk suspek utama yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun rumah bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Wan Hassan Wan Embong, Ahad lalu ditangkap awal pagi tadi
10) Pakatan Harapan ketika ini terlalu lemah, tidak mampu hadapi PRU - Penganalisis
Sukar untuk Pakatan Harapan menghadapi pilihan raya umum, sekiranya ia berlaku dalam masa terdekat, kerana pakatan itu berada dalam keadaan yang terlalu lemah pada ketika ini, demikian pandangan Penganalisis Politik Sabah, Dr Romzi Ationg.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Dec 01 2020
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Penjawat awam ditahan SPRM disyaki terima rasuah RM6,000
Menurut sumber lelaki berumur 40-an itu ditahan 2 petang hari ini, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Dakwaan rasuah: Siasatan terhadap ADUN Sabah diteruskan, tiada usaha sekat - PM
SPRM telah memaklumkan bahawa ADUN-ADUN terbabit telah dipanggil bagi membantu siasatan yang dikaitkan dengan mereka.
45 pegawai, anggota polis ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September lepas
Sebanyak 45 anggota dan pegawai PDRM ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September tahun ini kerana disyaki menerima suapan dan salah guna kuasa.
SMM dakwa bekas CEO langgar amanah, bakal ambil tindakan undang-undang
Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) mengambil tindakan undang-undang susulan penemuan beberapa pelanggaran kuasa oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jontih Enggihon.
SPRM tahan pemilik syarikat disyaki subahat tuntutan palsu RM10 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang pemilik syarikat disyaki bersubahat dalam tuntutan palsu bernilai kira-kira RM10 juta.
SPRM rakam keterangan lima ADUN Sabah susulan dakwaan skandal rasuah
SPRM telah merakam keterangan lima ADUN Sabah susulan dakwaan skandal rasuah berdasarkan klip video memaparkan perbualan mereka yang disebarkan di sebuah portal berita.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 November 2024.
Perbandingan sosial, kehendak berlebihan punca elemen rasuah wujud - KSN
Tabiat membandingkan diri dengan orang lain yang kelihatan lebih berjaya atau memiliki lebih banyak harta, adalah antara elemen mendorong penjawat awam menjurus melakukan perbuatan tidak bermoral.