KUALA LUMPUR: Keluarga mendiang Hakim Datuk Seri Gopal Sri Ram telah menyumbangkan lebih 10,000 buku dan terbitan berkala termasuk penerbitan undang-undang nadir dari seluruh pelosok dunia bernilai kira-kira RM9 juta, milik bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu kepada perpustakaan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM).
Sri Ram merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, meninggal dunia pada 29 Jan lepas pada usia 79 tahun selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini akibat jangkitan paru-paru.
Pusat Komunikasi Korporat UM dalam kenyataan berkata koleksi yang dinamakan sebagai "Koleksi Peribadi Mendiang Hakim Datuk Seri Gopal Sri Ram" itu disumbangkan oleh Datin Seri Chandra Sri Ram kepada UM sebagai ingatan kepada Pustakawan dan Saintis Maklumat tersohor dunia, Dr S.R. Ranganathan, akan ditempatkan di perpustakaan undang-undang UM bagi memperingati hubungan mendiang Sri Ram dengan fakulti undang-undang universiti itu.
Dekan Undang-Undang UM Prof Dr Jason Chuah berkata pemberian itu penting kerana ia dibuat bagi mengenang datuk saudara Chandra, Ranganathan yang membangunkan sistem pengelasan perpustakaan iaitu pengelasan kolon.
"Sistem kolon adalah asas dalam bidang sains perpustakaan dan telah mempengaruhi sistem pengelasan moden di dunia. Koleksi ini bukan sahaja bermanfaat untuk pelajar dan pengamal undang-undang tetapi juga kepada sesiapa yang perlu melakukan penyelidikan undang-undang dan arkib undang-undang nadir serta buku sains undang-undang dari semua bahagian Komanwel.
"Koleksi ini juga merangkumi satu daripada koleksi terbesar laporan undang-undang India dan buku di luar India, Asia," katanya sambil menambah buku berkenaan telah dipindahkan ke perpustakaan undang-undang UM, menunggu pengkatalogan dan dipamerkan.
Chuah berkata memandangkan minat mendiang Sri Ram dalam undang-undang pentadbiran, adalah tidak mengejutkan koleksi peribadinya mengandungi satu daripada katalog buku paling komprehensif mengenai perkara itu, terutama mengenai semakan kehakiman, di rantau ini.
Sementara itu, Naib Canselor UM Prof Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman menzahirkan ucapan terima kasih kepada Chandra kerana memberi sumbangan penting itu kepada UM untuk generasi akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
Mendiang Hakim Datuk Seri Gopal Sri Ram meninggal dunia pada 29 Jan lepas pada usia 79 tahun selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini akibat jangkitan paru-paru. - Gambar fail/Sinar Harian
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
PBAKL 2022: 1.24 juta pengunjung dicatatkan dalam tempoh 10 hari
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang berakhir hari ini, mencatatkan kunjungan seramai 1.24 juta pengunjung dalam tempoh 10 hari pesta buku itu diadakan.
Cubaan memperbetulkan sudut pandang tentang Rusia
Buku Senandika Cinta & Korona di Rusia tulisan bakal doktor, anak muda warga Malaysia, bermatlamat menukar sudut pandang tidak tepat tentang Rusia, Covid-19 dan cabaran jihad menimba ilmu di Rusia
Wanita UMNO gesa pihak berkuasa rampas buku Tommy Thomas
Wanita UMNO bahagian seluruh negara telah membuat laporan polis dan berharap tindakan segera dapat diambil berhubung perkara itu.
Dakwaan memfitnah: Polis panggil bekas Peguam Negara, Tommy Thomas
Polis Selangor membuka kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah.
KLWBC 2020: 'Live Streaming' dan potensi penjualan buku cara baharu
Banyak perkara sedang berubah di media sosial terutama Facebook. Sekaligus mengubah landskap media sosial yang kini dipenuhi akaun perniagaan.
KLWBC 2020: Berhijrah ke platform digital
Pengalaman terbang ke sana-sini bersama ibunya membuatkan Tony berfikir: perlu wujud syarikat tambang murah bagi peniaga kecil seperti ibunya.
Siapa Cempaka Putih? Saksikan kesudahan SYOK Seram: 'Buku' malam ini
Drama ini mengisahkan seorang penyampai radio yang telah menerima sebuah buku pemberian wanita misteri bernama Cempaka Putih.
KLWBC2020: Muzik perpaduan Andy Flop Poppy
Andy sudah 25 tahun melalui kehidupan 'havoc' dalam dunia muzik sebagai bintang pop bersama band Flop Poppy.
KLWBC 2020: Mengenal Pyanhabib lelaki sunyi yang berani
Ketika muda dan mula menyerap populariti di dunia hiburan dan dikenali di bidang kesusasteraan - Pyanhabib sebenarnya lelaki sunyi.
KLWBC 2020: Apabila novelis menulis skrip
Menonton telefilem Pencipta Pegang Waktu (PPW) pada Jumaat, 31 Julai jam 10 malam terasa sentuhannya. Malah, melahirkan rasa kagum.