Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya enam pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi berbanding sembilan pada pagi Khamis.
PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To' Deh menempatkan 640 mangsa daripada 211 keluarga, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (108 mangsa daripada 30 keluarga) dan SMK Baroh Pial (224 mangsa daripada 85 keluarga).
Sebanyak 40 mangsa daripada 11 keluarga sedang berlindung di PPS SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok (249 mangsa daripada 71 keluarga) dan Masjid Mukim Padang Licin (320 mangsa daripada 119 keluarga).
-- BERNAMA