Ringkasan AI
- KKR mengenal pasti 1,577 cerun sangat berisiko tinggi daripada 34,714 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan.
- JKR memberikan khidmat nasihat teknikal, memasang RTS dan GNSS untuk memantau cerun, serta melaksanakan penilaian kerosakan infrastruktur awam.
- RM104.8 juta telah dibelanjakan untuk pembaikan cerun pada 2024, dan RM118 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja pembaikan pada 2025.
Menerusi Peta Bahaya dan Risiko Cerun yang dibangunkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), jumlah tersebut adalah daripada keseluruhan 34,714 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara.
Justeru, kementerian melalui JKR berperanan memberikan khidmat nasihat teknikal kepada NADMA Jabatan Perdana Menteri untuk menyediakan jentera, perkhidmatan teknikal, dan melaksanakan penilaian kerosakan infrastruktur awam akibat bencana serta langkah-langkah mitigasi untuk mengurangkan risiko dan cadangan penyelesaian terhadap sesuatu bencana yang disebabkan cerun.
Ini termasuklah memberikan amaran awal kepada JKR Daerah dan JKR Negeri berdasarkan data hujan yang diperoleh daripada Sistem Amaran Awal dan data pergerakan cerun.
Selain itu, tiga Robotic Total Station (RTS) dan satu Global Navigation Satellite System (GNSS) telah dipasang di Seksyen 44 dan 46, Laluan FT185 Jalan Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang bagi memantau pergerakan permukaan cerun di lokasi tersebut.
Sehingga September 2024, sebanyak RM104,840,177.58 telah dibelanjakan bagi kerja-kerja pembaikan cerun yang melibatkan 147 lokasi di sepanjang Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia.
Bagi tahun 2025, Kementerian menerima peruntukan sebanyak RM118 juta yang akan digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan cerun (corrective) dan kerja-kerja pembaikan pencegahan cerun (preventive).
Turut disertakan ialah peruntukan dalam Bajet Pembangunan yang dikhususkan untuk kajian perlindungan dan pembaikan cerun.
Pada masa yang sama, kerja penyelenggaraan rutin turut dilaksanakan bagi cerun dalam kategori berisiko tinggi dan sangat berisiko tinggi di zon Pantai Timur iaitu negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan sebahagian negeri Perak.
Selain itu, kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan Sistem Amaran Awal Tanah Runtuh (SAATR) serta kerja menaik taraf Sistem Pengurusan Cerun Bersepadu (ISMAS) turut akan dilaksanakan.