PUTRAJAYA: Hampir 1,000 umat Islam menyertai Majlis Qiamullail Tahun Baharu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini bersempena dengan sambutan ambang Tahun Baharu 2024 dan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Acara yang merupakan sebahagian daripada program Ambang Gema Syukur anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Timbalannya Dr Zulkifli Hasan.
Majlis qiamullail berjemaah kira-kira 4.30 pagi itu dimulakan dengan solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan solat hajat yang dipimpin imam jemputan Ustaz Wan Ammar Hadi.
Program diteruskan dengan solat subuh berjemaah yang dipimpin oleh Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Nabil Mirza.
Pengisian acara seterusnya menampilkan seorang aktivis Palestin, AbdelRahman Ibrahim bersama Pengasas dan Penasihat Utama Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) Dr Hizul Azri dalam slot Ceramah Subuh 4 GAZA.
Mohd Na'im ketika ditemui selepas majlis itu berkata aktiviti kerohanian dan keagamaan yang telah disusun pihak Jakim sebagai alternatif kepada masyarakat Islam di negara ini yang menjadi kelaziman menyambut tahun baharu Masihi, dapat menarik kehadiran lebih 800 anak muda pada program berkenaan.
"Program pengisian ini kebanyakannya dihadiri anak-anak muda terutama daripada beberapa institusi pengajian tinggi tempatan.
"Bagi tahun ini, saya berharap pihak masjid dapat menjalinkan lebih banyak kolaborasi bersama badan-badan bukan kerajaan untuk menganjurkan program yang dapat menarik minat anak muda kerana masjid bukan sahaja sebagai pusat ibadat, tetapi juga tempat berkumpul pelbagai lapisan umur," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga akan memastikan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) khususnya Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) mengadakan pelbagai program untuk golongan belia tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024

Majlis Qiamullail yang diadakan kira-kira 4.30 pagi tadi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, dimulakan dengan solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat hajat dan ceramah keagamaan. --fotoBERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Ribuan warga Ramallah sambut tahun baharu dengan bersolidariti bersama Semenanjung Gaza
Mereka mendesak penamatan segera perang Israel ke atas Gaza, yang berterusan selama 87 hari dan meragut nyawa puluhan ribu rakyat Palestin.

Sambutan tahun baharu 2024 di Dubai dan apa yang perlu anda tahu
Daripada pertunjukan bunga api yang menakjubkan hingga pertunjukan dron yang memukau untuk menerangi langit malam.

1,000 sertai Majlis Qiamullail Tahun Baharu
Majlis qiamullail berjemaah kira-kira 4.30 pagi itu dimulakan dengan solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan solat hajat.

Terus bersatu padu lakar kejayaan bermakna di tahun baharu - Zahid
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ingin melihat Malaysia yang aman, maju dan sejahtera pada tahun 2024.

Ambang tahun baharu: Selangor anjur program doa Palestin merdeka
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu sebagai tanda solidariti rakyat Selangor kepada penduduk Palestin.

Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat
DCI menganjurkan himpunan figura Islam seperti Habib Nael Ben Taher, Habib Husein Jafar, Syeikh Muhammad Siddiq dan Anas Abu Jaish.

Ambang Tahun Baharu 2024: Rapid KL lanjut waktu operasi, tambah kekerapan tren
Lanjutan operasi ini melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL.