PENDAKWAH bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi di Instagram tentang penziarahannya ke ‘lorong gelap’ untuk bertemu dengan golongan transgender di Surabaya, Indonesia.
Menerusi kemas kini berkenaan, Ebit mendedahkan yang ada antara golongan transgender di sana yang mula bekerja di situ sekitar usia 14 tahun dan ada juga yang berbuat demikian bagi menyara keluarga.
"(Jam) 12 malam tadi saya ziarah transgender / mak nyah yang bekerja di lorong gelap di Surabaya.
"Sebaik saya sampai saya beri salam dan berbual tanya khabar dan dakwah iman pada mereka.
"Mereka kata 'eh, ini Ebit lew yer? Yang suap anak punk makan yer? Macam mimpi jumpa di sini'.
“Berbual sekejap nampak ada yang sebak walau di lorong gelap di situ. Ada yang semenjak 14 tahun dah kerja di lorong sehingga sekarang. Ada yang menyara ibu lumpuh.
“Macam-macam kisah di sebalik mereka. Saya cerita Allah sayang kita beri kita iman. Kita semua belum tahu nasib akhir kita di sana.
"Saya dan kita sama-sama berusaha untuk akhirat. Jaga solat dan ibu bapa serta menjauhi yang haram,” tulisnya.
Kemudian, Ebit memberitahu yang dia mengajak mereka untuk makan malam bersama dan seterusnya mengajak mereka bertanya soalan tentang apa sahaja yang mereka ingin tahu.
“Mereka tanya pasal solat dan lain-lain. Doa-doa. Saya terus kata malam ni semua cuti boleh. Saya nak belanja makan di hotel serta boleh tanya apa sahaja. Mereka gembira untuk ikut.
“Sampai di hotel, banyak soalan dan luahan mereka. Yang halal itu halal. Yang haram tetap haram. Yang utama usaha kita untuk dekat pada Allah dan melaksanakannya.
"Ada yang kata bagaimana ye nak mula cari rezeki yang halal. Nak dekat dengan Allah. Rindu pada Allah. Meninggalkan yang haram.
“Menangis mereka bila saya suap dan berkongsi cerita iman dengan kasih sayang. Walau sekejap terasa rapat dan macam kawan-kawan.
"Alhamdulillah dapat berkongsi ilmu nasihat dan kasih sayang.
“Mereka kata kami dah lama tak dengar semua ini. Tak pernah rasa dalam hidup di layan begini dan dinasihati begini.
"Kami berkongsi nasihat dan belajar solat sampai dekat Subuh. Khusuk dan tekun mereka mendengar,” ujarnya.
Menerusi ruangan komen, ramai yang tersentuh hati melihat pendekatan yang digunakan oleh Ebit untuk berkongsi cerita bersama golongan berkenaan.
“Masya-Allah, dakwah ustaz lembut merangkul. Masya-Allah… Semoga hidayah untuk mereka tidak disia-siakan, amin,” tulis seorang netizen.
“Ya Allah semoga mereka diberi kemudahan kembali ke fitrahnya. Amin ya rabbal alamin,” doa seorang lagi pengguna media sosial.
“Terima kasih ustaz, jauh di sudut hati mereka, pasti ada perasaan ingin berubah, kita tidak boleh nilai mereka dari luaran, mereka pun manusia biasa, setiap manusia tidak lari daripada buat silap.
“Yang penting kita ada usaha untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik daripada masa ke semasa.
"Moga dipermudahkan segala urusan mereka semua dan semoga Tuhan gerakkan hati mereka dan bukakan pintu hati mereka untuk berubah ke arah kebaikan,” kongsi seorang pengikut Ebit.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sat May 14 2022

Ebit Lew berkongsi di Instagram tentang penziarahannya ke lorong gelap untuk bertemu dengan golongan transgender di Surabaya, Indonesia. -Gempak/Instagram Ebit Lew
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kes Ebit Lew: Saksi khuatir orang ramai tidak percaya jika buat laporan polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Lew, namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.

Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.

Kes Ebit Lew: 'Mahu rendahkan ego suami' - Saksi
Saksi pendakwaan dalam kes Ebit Lew memberitahu Mahkamah dia ingin merendahkan ego suaminya selepas melihat kesan daripada peserta yang menyertai program Keluarga Sunnah.

'Ebit Lew selalu minta gambar, suruh buka semua pakaian' - Saksi
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa pendakwah tersebut telah mengarahkannya membuka semua pakaian dan berbogel.

Saksi nafi mudah didekati, bincang imej badan untuk elak Ebit Lew minta gambar
Saksi menolak andaian bahawa dia seorang yang mudah berbincang mengenai imej badan dan menjelaskan ia adalah cara untuk mengelak daripada Ebit Lew meminta gambarnya.

'Ada hikmah rakam video, bukti suara Ebit Lew' - Saksi
Saksi yang juga pengadu dalam kes ini malah tidak menyesali tindakannya itu kerana video tersebut dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan kes tersebut.

'Saya tidak bercinta dengan Ebit Lew' - Saksi
Saksi mengaku bahawa dia yang menaip mesej 'macam orang bercinta' namun ia bukan bermaksud bahawa dia sedang bercinta.

Ebit Lew minta saksi padam mesej melalui WhatsApp
Menurut saksi itu, Lew turut memberitahunya menerusi mesej WhatsApp pada 30 Julai 2021 bahawa telefon bimbit milik pendakwah berkenaan akan dirampas oleh pihak polis.

Saksi tidak serah telefon bimbit rakam panggilan video Ebit Lew kepada polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau tidak menyerahkan sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk merakam panggilan video dengan Ebit Lew, kepada polis.

'Saya tukar nama FB, IG sebab takut Ebit Lew ganggu lagi' - Saksi
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia terpaksa menukar nama dalam akaun media sosialnya di Facebook dan Instagram kerana takut diganggu oleh pendakwah tersebut.