Catatan manis buat penyanyi Yuna apabila lagu dendangannya bersama Adam Young dari kumpulan Owl City dinyanyikan oleh peserta American Idols.

Semalam juga Yuna membuat peminatnya di Malaysia bangga apabila muncul dalam rancangan Tonight Show With Jay Leno.

Yuna telah mendendangkan lagu 'Shine Your Way' bersama Adam Young yang merupakan salah satu soundtrack filem The Croods.

Episod kali ini turut menampilkan pelakon James Franco dan Jay Mohr sebagai tetamu Jay Leno.

Lagu Shine Your Way merupakan lagu tema dari filem animasi 3D, The Croods.

Ianya ditulis calon Oscar iaitu Alan Silvestri, Glen Ballard dan pengarah filem Chris Sanders dan Kirk Demicco.

Sebelum ini beberapa lagunya seperti Tourist, Favourite Things digunakan untuk siri tv dan lagu Here Comes The Sun digunakan untuk filem Savages.

Semalam, 10 peserta American Idols turut mendendangkan lagu Shine Your Way dalam episod penyingkiran yang pertama.

Yuna turut berkongsi beberapa keping gambar semasa latihan dan sesi rakaman The Tonights Show menerusi akaun Instagram beliau.