Penyanyi kumpulan K-Pop CNBlue, Jung Yong-hwa mengaku mendapat ‘layanan istimewa’ dari Universiti Kyung Hee, Korea Selatan.
Media tempatan sebelum ini melaporkan seorang selebriti diterima masuk ke pusat pengajian tersebut tanpa melalui prosedur yang ditetapkan.
Yong Hwa kemudiannya mengaku dengan dakwaan itu dan memohon maaf melalui laman sosial Instagram miliknya.
“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf. Apa juga alasannya, kebenarannya, saya tahu itu salah saya dan saya memohon maaf.
“Pada keluarga, rakan-rakan dan peminat yang selalu percaya pada saya, saya malu dan benar-benar kesal kerana mengecewakan anda semua," katanya.
Malah, pihak pengurusannya, FNC Entertainment turut mengeluarkan kenyataan berhubung pengakuan Yong Hwa seperti yang dipetik oleh laporan portal Soompi.
“Jika kami tahu terlebih dahulu tentang peraturan yang mana sesi temuduga perseorangan itu perlu diadakan di pekarangan universiti, kami pasti akan menetapkan jadual Yong Hwa untuk hadir sesi temuduga yang sebenar.
“Yong Hwa telah disiasat oleh pihak polis kerana melanggar peraturan universiti. Selepas kejadian in, Yong Hwa kini 'cuti' dari pihak universiti.
“Sebagai agensi pengurusannya, kami bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kontroversi ini," katanya.
Susulan kejadian ini, Yong Hwa terpaksa membatalkan sesi sidang media sempena konsertnya ‘Room 622’ yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Memetik laporan Allkpop, kosert itu bakal berlansung pada 20-21 Januari di Olympic Hall.
Nursyazwani Saiful Sham
Thu Jan 18 2018
Yong Hwa kemudiannya mengaku dengan dakwaan tersebut dan memohon maaf melalui laman media sosial Instagram miliknya. Foto: Instagram/@jyheffect0622
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Selepas 10 tahun, akhirnya CNBLUE kembali ke Malaysia
Konsert 2024 CNBLUE Live -CNBLUENTITY- in Kuala Lumpur akan berlangsung pada Sabtu, 20 April bertempat di Mega Star Arena, KL, jam 8 malam.
Yong Hwa mengaku dapat 'layanan istimewa'
Penyanyi kumpulan K-Pop CNBlue, Jung Yong-hwa mengaku mendapat layanan istimewa dari Universiti Kyung Hee.