DENGAN hasrat meneroka seni persembahan tradisional, Istana Budaya bakal mempersembahkan "Wayang: Sakti" yang menggabungkan wayang kulit Kelantan dengan animasi, multimedia dan motion capture.
"Wayang: Sakti" diarahkan oleh Mohd Kamarulzaman Taib atau Che Kem menampilkan pembaharuan dengan memasukkan lakonan teater dalam persembahannya.
Ia juga diiringi ensemble wayang kulit Kelantan dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), satu pembaharuan dalam persembahan wayang tradisional.
Menurut Che Kem, idea awal "Wayang: Sakti" ini sekitar April lalu namun disebabkan masih terbelenggu dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka ia tertangguh.
"Bila Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberikan kelonggaran untuk persembahan, barulah perbincangan dilakukan kembali sekitar September lalu.
"Setelah dipastikan tarikh persembahan, kami memulakan latihan dan membuat animasi pada Oktober lalu, kiranya dalam tempoh dua bulan kami membuat persediaan untuk persembahan ini," katanya kepada Astro AWANI.
Che Kem yakin mereka yang datang menonton "Wayang: Sakti" tidak akan pulang kecewa kerana ia berusaha memenuhi hasrat penonton terutama generasi muda.
"Diharapkan 'Wayang: Sakti' ditonton oleh generasi baru kerana pembikinan ini cuba mengisi penontonan hari ini.
"Ini adalah sebuah eksperimentasi tradisional yang perlu disahut oleh generasi muda dan khalayak baru untuk mendekati kesenian tradisional.
"Saya yakin siapa yang datang tidak akan kecewa," katanya lagi.
"Wayang: Sakti" menceritakan tentang Putera Sakti Kenchana dan Puteri Rakna Dewi di atas Jong Suluk menuju balik ke negeri Petala Timur.
Sebelum berangkat, ayahanda Raja Besar berpesan agar berhati-hati apabila melalui kawasan Teluk Mati Angin Pulau Mati Anak.
Malangnya semasa jong menyusur ke perairan itu, Putera Sakti Kenchana beradu, seluruh jong telah dijampi oleh Jin Hitam Sangduja.
Puteri Rakna Dewi telah diculik oleh Jin dan dibawa ke Gua Singa Malim. Perbuatan jahat Jin itu dilihat oleh sang Kera Belira Indera.
Barisan pelakon "Wayang: Sakti" terdiri daripada Mohd Suhaimi Ibrahim sebagai watak utamanya iaitu Tok Dalang , Zamzuriah Zahari (Puteri Rakna Dewi) , Kamarul Baisah Hussin (Jin Hitam Sangduja) , Tengku Iefizulasyrifie Putra (Kera Belira Indera) , Rudy De Luna (Sakti Kenchana) , dan dibantu oleh Artis Budaya Istana Budaya yang lain.
Pementasan "Wayang: Sakti" akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 November 2021, jam 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.
Pengunjung boleh menempah tiket pementasan bermula pada harga RM20 hingga RM80 di laman web rasmi Istana Budaya.
Selain "Wayang: Sakti", Istana Budaya juga akan mementaskan "Gema Gangsa" pada hujung minggu berikutnya iaitu 27 dan 28 November pada masa dan di tempat yang sama.
Program gabungan pemuzik OTM dan kumpulan Asuhan Seni Istana Budaya ini menampilkan konsep gamelan Melayu tradisional dan kontemporari dengan gubahan baharu tanpa menghilangkan nilai tradisi serta ciri estetika muzik gamelan.
Tetamu jemputan untuk Gema Gangsa adalah tokoh gamelan, Wan Salmah Wan Sulaiman dan Hamzah Abd Hamid, penyanyi terkemuka tanah air Ella, penggiat teater Naqiu dan adik Amirah Murshidah Nor Azman daripada kumpulan Asuhan Seni.
Irwan Muhammad Zain
Thu Nov 18 2021
"Wayang: Sakti" menceritakan tentang Putera Sakti Kenchana dan Puteri Rakna Dewi di atas Jong Suluk menuju balik ke negeri Petala Timur. -Gambar ihsan Istana Budaya
Terbuka Malaysia 2025: Tiada tekanan, tiada keseronokan, kata Yogendran
Beliau menekankan kepentingan untuk menunjukkan semangat juang di gelanggang, kerana ia lebih penting daripada segala-galanya.
AWANI Pagi: Wujudkan persekitaran selamat untuk kanak-kanak
Kanak-kanak berhak membesar dalam keadaan sejahtera dan bebas daripada sebarang pendedahan kepada risiko pengabaian atau penderaan. Oleh itu adalah penting untuk semua pihak memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran selamat bagi mereka. Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Disember 2024
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Kemenangan tipis kembalikan Arsenal ke tangga kedua
Kemenangan itu turut menyaksikan Arsenal kembali ke tangga kedua liga dengan enam mata di belakang Liverpool.
Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan, pengguna jalan raya dinasihat guna laluan alternatif buat sementara waktu.
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Ini destinasi Umarbek Eshmurodov selepas tinggalkan Selangor
Pemain berusia 32 tahun itu tidak akan menyambung kontrak berikutan tempohnya bersama The Red Giants bakal tamat hujung bulan ini.
Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki cuba mengelak lori di lorong kanan.
'Wayang: Sakti' gabungan tradisional dan teknologi baharu
"Wayang: Sakti" diiringi ensemble wayang kulit Kelantan dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), satu pembaharuan dalam persembahan wayang tradisional.