Ventriloquist pertama Malaysia, Sheikh Mahadi Ahmad Baladram dilaporkan meninggal dunia kesukaran bernafas akibat semput kira-kira jam 11 pagi tadi.

Beliau yang terkenal dengan boneka bernama Pak Cik Jalud meninggal dunia pada usia 70 tahun di kediamannya di Bandar Tun Razak, Cheras di sini.

Allahyarham dikebumikan selepas Asar di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras.

Kerjaya beliau sebagai seorang ventriloquist (bercakap tanpa membuka mulut atau suara dari perut) bermula selepas menjadi finalis Bakat TV RTM 1978 dan sangat popular sekitar tahun 70an dan 80an.

Selain Jalud, Allahyarham turut sinonim dengan sebuah lagi boneka bernama Dr Al-Latah.

Allahyarham juga pernah muncul dalam filem Mami Jarum arahan Datuk Razak Mohaideen pada tahun 2002.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.