Meluahkan pendapatnya menerusi Twitter, Dr Amalina berkongsi pautan artikel yang melaporkan 11 kematian di Amerika Syarikat didakwa berpunca daripada pengunaan vape.
"Setakat ini, ada 11 kematian yang berkaitan dengan vaping dan beratus-ratus orang mengalami masalah paru-paru dan sistem pernafasan.
"Kes masih lagi dalam siasatan Centers for Disease Control and Prevention (CDC) dan Food and Drug Administration (FDA). Elakkan diri anda daripada terus menggunakan rokok elektronik atau vape," katanya.
Sementara itu, dalam posting terbaharunya Amalina turut berkongsi laporan terkini berkaitan kes berkenaan.
"Kematian ke-11 di Amerika tidak dikaitkan dengan penggunaan dadah termasuk ganja/THC di dalam cecair vape.
Setakat ini, ada 11 kematian yang berkaitan dengan vaping dan beratus-ratus orang mengalami masalah paru-paru dan sistem pernafasan. #StopVaping https://t.co/xQGl2vMByC https://t.co/g8qMXmx7ve https://t.co/mF5kM03ez0
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) September 26, 2019
"Mangsa yang mati hanya menggunakan vape nikotin. Sangat berguna untuk kita tahu punca sebenar kematian ini. Masih menantikan laporan dari CDC," katanya.
Biar pun nasihat tersebut dilihat sangat positif, namun nampak gayanya ia tidak disenangi oleh beberapa warga netizen.Update: Kematian ke 11 di Amerika tidak dikaitkan dengan penggunaan dadah termasuk ganja/THC di dalam cecair vape. Mangsa yang mati hanya menggunakan vape nicotine. So, it would be interesting to find out the the actual reasons behind these deaths. Awaiting report from CDC.
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) September 26, 2019
"Masih menunggu laporan rasmi la, saya vape sejak 2011, so far okay. Tapi risau juga," kata seorang pengguna Twitter.
"Kenapa tak cerita kematian pasal rokok," kata netizen lain.
Rokok elektronik atau vape kini menjadi alternatif untuk individu yang mahu berhenti merokok tetapi terdapat beberapa dakwaan yang mengatakan ia berbahaya untuk kesihatan.
Why isn’t tobacco being viewed the same way? I think its important for people to know that these deaths and health issues spring from unregulated vape flavours. Big tobacco companies are pushing an agenda here. Juul is now run by tobacco execs. KC Crosthwaite. Google it.
— Iskandar (@nikizkandar) September 26, 2019
Kenapa tak cerita kematian sbb rokok?
— Hakimsmg79 (@hakimsmg79) September 27, 2019
Masih menunggu laporan rasmi la.. I'm vaper myself..since 2011.. so far okay la.. tapi riso gak tgok dorang yg main ngan high level nicotine ni..
— Lokmey Sazli (@LukmanSazli) September 27, 2019