PENYANYI Noh Salleh memaklumkan telah menyerahkan anak angkatnya, Musa kepada jagaan sementara bekas isterinya, Mizz Nina.
Hal itu susulan kehadiran Nina bersama suami dan pihak berkuasa ke kediaman Noh pada malam semalam (Sabtu).
"Terima kasih buat mereka yang mendoakan agar masa depan Musa terjamin harmoni. Buat pengetahuan umum, interview bersama Melodi telah dijalankan pada tarikh 13/1/2024 pada jam lebih kurang 2.45 ptg.
"Namun malam semalam dalam jam lebih kurang 8.30 malam pihak Mizz Nina telah pun hadir di rumah saya bersama-sama dengan suami beliau serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali untuk tujuan mengambil Musa dari jagaan saya dengan perintah interim (perintah jagaan sementara) dari mahkamah syariah sebelum sesi mediasi di mahkamah syariah.
"Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya. Hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam," tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, tegas Noh tiada sebarang perebutan berlaku sepanjang proses terbabit dan percaya dengan jalan perdamaian.
"Tiada sebarang insiden perebutan berlaku malam tadi kerana saya masih percaya dgn jalan perdamaian dan apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa.
"Saya berharap statement ini jelas dan tiada sebarang spekulasi dari mana2 pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa dari kalian," ujarnya. - Gempak
Gempak
Mon Jan 15 2024

Noh Salleh memaklumkan telah menyerahkan anak angkatnya, Musa kepada jagaan sementara bekas isterinya, Mizz Nina.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Noh terkejut Mizz Nina tarik semula kes penjagaan penuh, inter-parte Musa
Menurut Noh, dia hanya mahukan kebenaran kerana mendakwa dirinya sudah dianiaya.

Prosiding sulh: Noh harapkan penyelesaian terbaik, Mizz Nina diwakili suami
Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.

"Musa dibawa keluar dari rumah tanpa izin ketika saya di luar negara" - Mizz Nina
Mizz Nina mendedahkan anak angkatnya, Musa, telah dibawa keluar dari kediamannya tanpa izin dan pengetahuannya ketika dia berada di luar negara.

"Tuhan saja tahu betapa hancurnya hati Saya" - Noh berat hati serah Musa kepada Mizz Nina
Noh akur perintah mahkamah, kesihatan mental dan fizikal Musa sentiasa menjadi keutamaan.

'Aku tak ambil dadah, tak minum arak, tak sosial kat kelab' - Noh Salleh
Jelas Noh, dia akan berdepan dengan perasaan cemas setiap kali membuat persembahan di hadapan peminat yang ramai.

Noh Salleh dan Athira selamat bernikah
Penyanyi Noh Salleh selamat bernikah bersama pilihan hatinya, Fatin Athirah Mustapa hari ini.

"Itu tunang saya, kita akan kahwin..." - Noh Salleh
Difahamkan, Noh bakal bakal mendirikan rumah tangga dengan Fatin yang juga seorang peguam pada 23 September ini (Sabtu) di Puchong, Selangor.

Sah Noh Salleh, Fatin Athira kahwin 23 September
Noh Salleh akan menamatkan zaman dudanya dengan tunangannya, Fatin Athira Mustapa pada 23 September depan.

Berebut anak, Noh Salleh dedah kehidupannya sukar selepas bercerai
"Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar," dedah Noh.

"Industri muzik sihat, artis Malaysia dah macam level BLACKPINK" - Noh Salleh
Noh Salleh sempat menzahirkan rasa gembira dengan kehadiran penonton di konsert Patah Hati pada Rabu di Zepp Kuala Lumpur.