AKTIVIS kemanusiaan, Mizz Nina mendedahkan anak angkatnya, Musa, telah dibawa keluar dari kediamannya tanpa izin dan pengetahuannya ketika dia berada di luar negara.
Jelas Nina, atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 44, perkara yang disifatkan sebagai pengkhianatan itu memisahkannya dengan Musa selama lebih tiga minggu.
"Musa telah dibawa keluar tanpa pengetahuan dan izin saya ketika saya berada di luar negara. Anak itu telah 'dirampas' dari saya.
"Saya mengambilnya sebagai anak angkat ketika dia baru berusia dua hari dan menyusukannya. Selama dua tahun Musa tidur bersama-sama saya, menjalani rutin kehidupan seharian ke kelas dan kawan-kawannya.
"Dan ketika saya masih dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur, dia telah diambil tanpa izin saya, ketika mana dia masih di bawah penjagaan sah saya," ujarnya.
Sepanjang tempoh itu, Nina tidak dimaklumkan tentang keberadaan Musa mahupun sebarang informasi sehinggalah bekas suaminya, Noh Salleh memuat naik gambar Musa dan nama ibu kandungnya.
"Dari detik itulah, saya tidak dimaklumkan tentang lokasinya dan tiada langsung komunikasi. Tidak menerima sebarang video mahupun gambar selama tempoh lebih tiga minggu.
"Pada tempoh itu juga, bekas suami saya memuat naik gambar wajah Musa di internet, memungkiri janjinya dan mengatakan dia tidak tahu-menahu tentang perkara itu sedangkan dia tahu.
"Privasi Musa terganggu dan hidupnya sudah tidak sama lagi seperti sebelumnya. Bekas suami saya kemudiannya memuat naik permohonan maaf nama ibu kandung Musa, mendedahkan maklumat sensitif yang mana individu berkenaan pada asalnya enggan dikenali.
"Sekali lagi, perkara itu mendedahkan privasinya begitu juga wajah Musa," tambah Nina.
Nina kemudiannya mendapatkan perintah 'ex parte' daripada mahkamah syariah sehingga Musa akhirnya kembali ke pangkuannya.
"Tiada seorang pun kanak-kanak sepatutnya diambil tanpa izin daripada penjaga yang sah, bagi mengelakkan konflik, saya kemudiannya mendapatkan perintah 'ex parte' daripada mahkamah syariah.
"Alhamdulillah, Musa telah kembali ke pangkuan saya. Dia kini berada di kediamannya selepas melalui pengalaman traumatik," ujarnya.
Jelas Nina lagi, selepas bercerai dengan Noh, bekas suaminya itu dengan rela hati telah menandatangani perjanjian memberikan hak penjagaan sepenuhnya Musa.
"Daripada waktu itu, dia telah hilang hak ke atas penjagaan Musa.
"Sejak saya berkahwin dengan Essam, Musa berada dalam kondisi selamat dan stabil bersama mama dan babanya, sehinggalah diambil tanpa izin dengan bantuan pengasuh yang saya sendiri gajikan untuk menjaga Musa ketika ketiadaan saya, yang kemudiannya mengkhianati saya.
"Saya di sini mahu mengelakkan fitnah atau spekulasi. Ini cerita daripada pihak saya dan inilah kebenarannya," simpul Nina menerusi hantaran panjang lebar di Instagram.
Terdahulu, ibu kandung kepada Musa yang hanya mahu dikenali sebagai Athira menafikan dakwaan dia memberi keizinan kepada penyanyi, Noh Salleh untuk mendapatkan Musa.
Athira berkata, dia dimanipulasi dan dipergunakan oleh penyanyi itu untuk kepentingan sendiri bagi mendapatkan Musa yang dibawa keluar dari rumah Mizz Nina, dengan bantuan seorang pengasuh. - Gempak
Gempak
Sun Jan 28 2024

Nina berkata, selepas bercerai dengan Noh, bekas suaminya itu dengan rela hati telah menandatangani perjanjian memberikan hak penjagaan sepenuhnya Musa. - Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Noh terkejut Mizz Nina tarik semula kes penjagaan penuh, inter-parte Musa
Menurut Noh, dia hanya mahukan kebenaran kerana mendakwa dirinya sudah dianiaya.

Prosiding sulh: Noh harapkan penyelesaian terbaik, Mizz Nina diwakili suami
Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.

"Musa dibawa keluar dari rumah tanpa izin ketika saya di luar negara" - Mizz Nina
Mizz Nina mendedahkan anak angkatnya, Musa, telah dibawa keluar dari kediamannya tanpa izin dan pengetahuannya ketika dia berada di luar negara.

"Tuhan saja tahu betapa hancurnya hati Saya" - Noh berat hati serah Musa kepada Mizz Nina
Noh akur perintah mahkamah, kesihatan mental dan fizikal Musa sentiasa menjadi keutamaan.

'Aku tak ambil dadah, tak minum arak, tak sosial kat kelab' - Noh Salleh
Jelas Noh, dia akan berdepan dengan perasaan cemas setiap kali membuat persembahan di hadapan peminat yang ramai.

Noh Salleh dan Athira selamat bernikah
Penyanyi Noh Salleh selamat bernikah bersama pilihan hatinya, Fatin Athirah Mustapa hari ini.

"Itu tunang saya, kita akan kahwin..." - Noh Salleh
Difahamkan, Noh bakal bakal mendirikan rumah tangga dengan Fatin yang juga seorang peguam pada 23 September ini (Sabtu) di Puchong, Selangor.

Sah Noh Salleh, Fatin Athira kahwin 23 September
Noh Salleh akan menamatkan zaman dudanya dengan tunangannya, Fatin Athira Mustapa pada 23 September depan.

Berebut anak, Noh Salleh dedah kehidupannya sukar selepas bercerai
"Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar," dedah Noh.

"Industri muzik sihat, artis Malaysia dah macam level BLACKPINK" - Noh Salleh
Noh Salleh sempat menzahirkan rasa gembira dengan kehadiran penonton di konsert Patah Hati pada Rabu di Zepp Kuala Lumpur.