Kurang daripada 24 jam sejak ia dimuat naik, trailer Toy Story 4 itu sudah mencatat lebih 10 juta tontonan di saluran YouTube.
Apa yang lebih menarik ia turut memperkenalkan watak-watak baharu yang akan turut beraksi dalam filem animasi tersebut.
Antara watak baharu yang akan memeriahkan lagi perjalanan Toy Story 4 ialah Forky (Tony Hale), Gabby Gabby (Christina Hendricks), Duke Caboom (Keanu Reeves) dan Giggle Mcdimples (Ally Maki).
![Toy Story 4 akan mula ditayangkan di pawagam pada 21 Jun](http://img.astroawani.com/2019-03/41553059817_freesize.jpg)
Terdahulu, Toy story 4 juga memperkenalkan watak Ducky dan Bunny yang akan dialih suara oleh Keegan-Michael Key dan Jordan Peele dalam filem animasi berkenaan.
Dalam trailer tersebut juga turut menampilkan watak Bo Peep ( Annie Potts) yang kembali selepas tidak muncul pada sekuel ketiga.
Toy Story 4 masih mengekalkan watak-watak lamanya seperti Woody, Buzz Lightyear, Jessie , Barbie dan Ken.
Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam pada Jun nanti.