Tiga pengarah terkemuka Asia Tenggara iaitu Sherad Anthony Sanchez (Filipina), John Badalu (Indonesia) dan Woo Ming Jin (Malaysia) telah mengesahkan penyertaan mereka sebagai mentor kepada enam pembikin filem harapan dalam program ‘Shortcuts - Bengkel Penyusunan Skrip’.
Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar penglibatan pengarah-pengarah ini adalah bagi memartabatkan industri dan melahirkan pengeluar filem serta pengarah tempatan yang terbaik dan mempunyai kelas tersendiri di peringkat Asia dan global.
“Pihak kami berhasrat untuk menjadi medium pembikinan filem di Asia Tenggara tebaik dengan memupuk dan mengasah bakat-bakat kreatif di Malaysia dalam seni perfileman melalui ‘Shortcuts’.
“Bengkel intensif yang telah dilaksanakan sebelum ini bukan sahaja dapat memberikan tumpuan kepada pelbagai perkara, malah ‘Shortcuts’ juga merupakan sebuah landasan bagi peserta untuk menimba ilmu dan mempelajari teknik-teknik daripada beberapa pembikin filem terkenal dan mentor yang telah memenangi beberapa anugerah di serantau Asia Tenggara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Bengkel kedua anjuran Astro Shaw ini merupakan sebahagian daripada skim pembiayaan filem pendek yang telah dilaksanakan Shortcuts dan akan bermula 21 Mac hingga 27 Mac bertempat di Sekeping Kong Heng, Ipoh.
Tiga skrip yang terbaik berpeluang untuk memenangi sejumlah RM40,000 setiap seorang untuk penghasilan filem pendek mereka.
Filem-filem tersebut bakal ditayangkan di festival filem serantau dan juga di Astro A-List (Saluran 456).
Tiga peserta yang telah terpilih hujung tahun lalu iaitu Chen Yih Wen, Aw See Wee dan Nadira Ilana melalui bengkel penceritaan akan disertai oleh tiga peserta lain yang bakal terpilih semasa pusingan penghujahan.
Mereka yang berminat untuk memantapkan lagi bakat dalam bidang pengarahan boleh menghantar penyertaan melalui info@shortcuts.my sebelum 29 Febuari ini.
‘Shortcuts’ - Bengkel Penyusunan Skrip' oleh Astro Shaw dianjurkan dengan kerjasama Next New Wave dan disokong oleh FINAS.
'Shortcuts' adalah sebuah skim pertandingan pembikinan filem pendek untuk mengasah bakat-bakat baru dalam bidang perfileman melalui beberapa bengkel bimbingan.
Astro Awani
Wed Feb 24 2016
![Tiga pengarah terkenal Asia jadi mentor bengkel 'Shortcuts' Tiga pengarah terkenal Asia jadi mentor bengkel 'Shortcuts'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/61456293557_Shortcuts.jpg)
John Badalu (Indonesia), Woo Ming Jin (Malaysia) dan Sherad Anthony Sanchez (Filipina) telah mengesahkan penyertaan mereka sebagai mentor Shortcuts - Foto Shortcuts
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![#Gold: 'Kalau tak suka, saya pulangkan balik duit' - Pengarah #Gold: 'Kalau tak suka, saya pulangkan balik duit' - Pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720939540_tbPengarahfilemGO.jpg)
#Gold: 'Kalau tak suka, saya pulangkan balik duit' - Pengarah
Menurut Adrian, dia percaya filem itu akan berjaya menambat hati para peminat filem di Malaysia.
![#Gold: Farid Kamil bangga terpilih jayakan watak Rashid Sidek #Gold: Farid Kamil bangga terpilih jayakan watak Rashid Sidek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720176712_faridkamil.jpg)
#Gold: Farid Kamil bangga terpilih jayakan watak Rashid Sidek
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.
![Kahar Kapla High Council: Aedy Ashraf, Sky Iskandar pegang watak Beja & Megat Kahar Kapla High Council: Aedy Ashraf, Sky Iskandar pegang watak Beja & Megat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718126342_TBHIGHCOUNCIL.jpg)
Kahar Kapla High Council: Aedy Ashraf, Sky Iskandar pegang watak Beja & Megat
Ia selepas Astro Shaw pada Selasa mengumumkan pemilihan beberapa aktor termasuk Aedy Ashraf yang menggalas watak Beja.
![Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717391973_TheExperts.jpg)
Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
![The Experts diserbu! Jadi pilihan warga Johor untuk ditonton di pawagam The Experts diserbu! Jadi pilihan warga Johor untuk ditonton di pawagam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717300871_experts.jpg)
The Experts diserbu! Jadi pilihan warga Johor untuk ditonton di pawagam
Penonton juga memuji karya luar turut dianggap sudah mencapai ke tahap antarabangsa.
![The Experts ungguli 'box office', kutip RM5 juta selepas 4 hari tayangan The Experts ungguli 'box office', kutip RM5 juta selepas 4 hari tayangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716792010_tbTheExpertsFilem.jpg)
The Experts ungguli 'box office', kutip RM5 juta selepas 4 hari tayangan
Rata-rata penonton merasakan babak tersebut amat dekat dengan mereka dan bersetuju karakter adik-beradik tersebut memang wujud.
![Peminat cipta rekod tonton 'The Experts' 9 kali di pawagam dalam tempoh 4 hari Peminat cipta rekod tonton 'The Experts' 9 kali di pawagam dalam tempoh 4 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716715998_expert.jpg)
Peminat cipta rekod tonton 'The Experts' 9 kali di pawagam dalam tempoh 4 hari
PEMINAT setia filem tempatan, Chee Chi Wai berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw, The Experts.
![Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716029833_MajlisTayanganGala.jpg)
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
![Sheriff: Raih RM55 juta, cipta fenomena tersendiri! Sheriff: Raih RM55 juta, cipta fenomena tersendiri!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715421095_SHERIFF.jpg)
Sheriff: Raih RM55 juta, cipta fenomena tersendiri!
Filem aksi terhebat karya pengarah, Syafiq Yusof, Sheriff kini sudah meraih kutipan RM55 juta!
![Aaron Aziz pegang watak 'mastermind' dalam The Experts Aaron Aziz pegang watak 'mastermind' dalam The Experts](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714992930_aaronaziz.jpg)
Aaron Aziz pegang watak 'mastermind' dalam The Experts
Aaron yang memegang watak sebagai abang sulung berkata dia dan semua pelakon juga banyak menghadiri kelas lakonan untuk mencari keserasian bersama.