PELAKON Adlin Aman Ramlie akui dirinya diperangkap oleh sebuah syarikat pelaburan tidak sah yang ingin mengaitkan namanya sebagai salah seorang suspek dalam kes terbabit.
Adlin, 44, berkata dia tidak ditahan reman selama empat hari seperti yang dihebahkan di media sosial.
"Di sini saya ingin jelaskan bahawa saya tidak ditahan reman seperti yang didakwa.
"Sebaliknya saya dilepaskan dalam tempoh 24 jam dengan jaminan polis.
"Saya diperangkap, dikambinghitamkan oleh sebuah syarikat pelaburan yang hanya ingin menggunakan nama saya.
"Memang benar pegawai penyiasatan hadir ke rumah pada 20 Julai jam 2.30 petang dan mereka meminta saya ke balai polis untuk membantu siasatan.
"Tidak ada berlaku sebarang kekasaran atau paksaan sewaktu mereka meminta saya ke balai, segalanya berjalan dengan lancar," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar khas yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama sebentar tadi.
Bagaimanapun Adlin memberitahu pernah terlibat dalam majlis yang dianjurkan oleh syarikat terbabit sebagai penceramah jemputan.
"Saya akui memang kenal dengan kebanyakan nama yang disenarai sebagai suspek kerana sebelum ini saya sering hadir ke majlis yang dianjurkan oleh pihak berkenaan.
"Cuma saya tidak tahu kenapa nama saya dikaitkan dalam kes ini.
"Sebab itu saya tidak mempunyai sebarang masalah ketika dipanggil polis untuk membantu siasatan.
Mengulas mengenai kes tersebut, Adlin memberitahu ia masih lagi dalam siasatan.
Terdahulu, media melaporkan Adlin bersama beberapa individu lain telah ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam penipuan hartanah.
Adlin juga dikatakan telah ditahan reman selama empat hari bermula 20 hingga 24 Julai 2016.
Gempak
Sun Jul 24 2016

ADLIN AMAN RAMLIE: Saya diperangkap, dikambinghitamkan oleh sebuah syarikat pelaburan yang hanya ingin menggunakan nama saya.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.

'Zizan Razak, Adlin Aman Ramlie terbaik!' - Baru sehari tayang, netizen suka Merewang Keluarga Pak Awang best!
Ramai tidak kering gusi melihat lawak bersahaja Zizan Razak yang buat pertama kalinya memainkan watak antagonis dalam filem tersebut.

Rakam, format kembali hasil karya untuk tayangan dalam talian - Adlin Aman Ramlie
Adlin berpendapat pementasan teater secara dalam talian dapat memastikan jangka hayat karya berkenaan berpanjangan.

70 acara sempena Minggu Festival KLWBC 2020
Persediaan menuju tarikh pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC) 2020 memasuki fasa persediaan akhir.

AR Badul meninggal dunia? Ini reaksi keluarga
Pelakon, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul masih panjang umur dan sedang berehat di rumah ketika ini.

Badul semakin stabil, dijangka keluar hospital Khamis
Pelakon, pelawak dan pengarah veteran, AR Badul sudah kembali stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Koronori (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) akibat diserang penyakit jantung.

Wow! 'Dukun' ditayang di New York
Filem 'Dukun', lakonan pelakon utamanya, Datin Seri Umie Aida dan Faizal Hussein mencipta sejarah apabila bakal ditayangkan di New York pada 13 Julai ini.

Filem Dukun cipta sejarah, ditayang 34 kali di pawagam
Filem thriller mistik, Dukun mencipta sejarah tersendiri dengan tayangan 34 kali pada Jumaat di pawagam tempatan.

Tidak ditahan, Adlin Aman Ramlie akui diperangkap
Pelakon Adlin Aman Ramlie akui dirinya diperangkap oleh sebuah syarikat pelaburan tidak sah yang ingin mengaitkan namanya sebagai salah seorang suspek dalam kes terbabit.

Aura Puteri Gunung Ledang mendekati generasi baru
Berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya sejak 20 Mac lalu, tidak keterlaluan untuk meletakkan skala pementasan konsert ini bertaraf dunia.

Saloma: Masalah intepretasi, etika dan eksploitasi watak dalam filem
Kontroversi yang melibatkan watak AR Tompel dalam telefilem biopik Saloma semakin hangat diperkatakan.