ERRA Fazira, dan Fasha Sandha. Kedua-dua nama ini tidak perlu diperkenalkan lagi.
Kedua-duanya wanita ini cukup berbakat besar, anggun dan miliki pengaruh dan peminat yang tersendiri.
Berpuluh tahun dalam industri, Erra dan Fasha tetap unggul di liga seni lakonan tempatan. Namun siapa menyangka, dua-dua selebriti hebat ini tak pernah bekerjasama.
Namun harapan peminat untuk melihat kedua-dua primadona ini berlakon bersama akhirnya kesampaian apabila baru-baru ini Fasha berkongsikan yang dirinya akan bergandingan bersama idolanya dalam drama Rampas Cintaku 2.
Fasha yang berkongsi gambar di balik tabir penggambaran drama itu di Instagram meluahkan rasa terujanya apabila pertama kali berlakon bersama pelakon kegemarannya itu.
“Tuhan je yang tau, jantung berdebar sejak 6 pagi tadi. Sepanjang dalam perjalanan ke lokasi penggambaran masih berdebar-debar.
"Hari ini dalam sejarah, nak bertemu dengan idolaku, satu frame dengan idolaku Erra Fazira.
"Satu family ku tau sejak di bangku sekolah memang nama kak Erra yang ku jerit-jerit lompat-lompat setiap kali menonton anugerah di kaca TV, peminat setia ni,” tulis Fasha Sandha di Instagram.
Menariknya, Fasha turut mendedahkan sikap dan keperibadian Erra di matanya yang tak semua tahu.
Menurut Fasha, Erra sentiasa senyum dalam apa jua keadaan, malah tidak pernah berkata buruk mengenai sesiapapun.
“Beliau yang masih disegani, masih disayangi, the one and only primadona Erra Fazira.
"Primadona yang sentiasa senyum dalam apa jua keadaan, tidak pernah berkata tidak baik tentang sesiapapun; primadona yang tidak pernah kenal erti penat.”
Tak lama kemudian, Erra Faizra tampil memberi respons di ruangan komen menjelaskan dirinya hanyalah manusia biasa dan masih belajar walau dari mereka yang lebih muda darinya, malah sempat berseloroh meminta Fasha berkongsi rahsia kecantikannya.
“Masya-Allah adikku. Melangit sungguh pujian awak tu. Akak biasa-biasa dan masih lagi belajar walau dari yang lebih muda.
"Ia adalah satu penghormatan dapat bekerja dengan orang yang cantik dan berbakat seperti awak.
"Yang penting awak memang cantik kebabowww! Jangan lupa share tips,” balas Erra Fazira.
Pastinya ramai tak sabar nak tengok gandingan dua pelakon hebat ini di kaca TV nanti kan? -Nona
Nona
Sat Jul 15 2023
Fasha yang berkongsi gambar di balik tabir penggambaran drama itu di Instagram meluahkan perasaannya apabila pertama kali berlakon bersama pelakon kegemarannya itu. -Nona
Abai fardu kifayah punca negara Islam tak jadi kuasa besar
Pengabaian umat Islam terhadap tanggungjawab fardu kifayah menjadi punca ketiadaan kuasa besar di kalangan negara-negara Islam yang mampu menakutkan musuh.
[TERKINI] Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada keadilan dan kemanusiaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia menyifatkan waran tangkap dikeluarkan ICC terhadap Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant sebagai kemenangan kepada mereka yang menegakkan keadilan.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Pemain Industri mahu terlibat sama dalam penggubalan yang telus
Pemain industri gig di Malaysia mengeesa penangguhan RUU Pekerja Gig untuk memastikan definisi pekerja gig diperhalusi, peraturan yang seimbang, serta proses yang lebih telus dan inklusif.
Polis kesan orang hilang dari hospital
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seseorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 november lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
Kes buli UPNM: Suspek mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai but spike
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI Ringkas: JPS beri amaran paras sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Perlu penyasaran FDI untuk pembangunan ekonomi yang berkesan - Pakar
Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, berkata, penekanan kepada nilai tambah domestik, pembangunan lestari, dan kesejahteraan rakyat adalah kunci kejayaan FDI.
Borak SeeNI program bual bicara terbaharu Astro Prima, Nu Ideaktiv
Borak SeeNI kini bersiaran di Astro Prima setiap Selasa hingga Jumaat jam 11 pagi bagi membincangkan topik kekeluargaan, isu semasa dan gaya hidup.
'Ketepikan ego, tolak ansur demi anak' - Erra Fazira nasihatkan pasangan bercerai
Menurut Erra, dia tidak mahu anaknya merasai nasib sama sepertinya tidak merasa kasih sayang bapa.
Jakoa Pahang urus hantar mayat Erra Fazira, Wak Sai Bah Ema
Usaha membawa pulang mayat dua wanita Orang Asli ke kampung masing-masing pada Jumaat telah dilakukan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang.
"Saya bukan nabi" - Perceraian kali ketiga uji kesabaran Engku Emran
Engku Emran meluahkan rasa terkilan apabila berita perceraiannya yang kali ketiga menjadi bahan bualan di media sosial.
'Saya tak pernah beri komen begini' - Erra Fazira hormati privasi Engku Emran
Erra menjelaskan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung 'sikap sebenar' Engku Emran seperti yang didedahkan sebuah hantaran di media sosial.
Takdir pertemuan Engku Emran dengan tiga wanita hebat
Kehadiran Erra Fazira, Laudya Cynthia Bella dan Noor Nabila disifatkan Engku Emran membawa makna dan erti dalam kehidupannya.
Teruja diganding dengan Erra Fazira, Fasha Sandha dedah sikap sebenar idolanya
Fasha yang berkongsi gambar di balik tabir penggambaran drama itu di Instagram meluahkan perasaannya apabila pertama kali berlakon bersama pelakon kegemarannya itu.
Erra Fazira tidak tahu menahu hal rumah tangga Engku Emran, Noor Nabila
Sebagai bekas isteri, Erra menghormati privasi Engku Emran dan enggan masuk campur perihal status rumah tangga.
Erra Fazira mohon maaf tidak dapat hadir majlis perkahwinan Shahir AF
Pelakon jelita Erra Fazira mengakui menerima jemputan ke majlis perkahwinan penyanyi Shahir yang telah berlangsung pada awal September lalu.
"Persiapan perkahwinan sudah bermula" - Shahir AF8 bakal akhiri zaman bujang
Bekas kekasih Erra Fazira belum bersedia kongsi wajah bakal isteri.