PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menegur adiknya Siti Sairah supaya jangan terlalu menjerit ketika menyanyi.

Siti Nurhaliza menegur adiknya kerana bimbang bayi dalam kandungannya terkejut mendengar jeritannya.

“Jangan over sangat jerit tu. Terkejut anak dalam perut," katanya.

Siti berkata demikian dalam komen yang diturunkan ke entri Instagram (IG) Sairah semalam.

Menerusi entri tersebut, Sairah memuat naik videonya sedang menyanyi lagu dari penyanyi Indonesia Krisdayanti berjudul Mencintaimu.

Dalam video tersebut, Sairah menyanyi dengan nada yang tinggi.

Sairah bagaimanapun, menuruti kata kakaknya apabila membalas komen tersebut.

“Hehe baiklah,” tulisnya dalam ruangan komen yang sama.

Gelagat dua adik beradik itu bagaimanapun telah mencuit hati pengikutnya.


Skarang ni akak cuba lepaskan semuanya haaaa..... . #mencintaimu #cover #krisdayanti #siscuba #tepokkk #siladudukjanganlari

A post shared by SIti Sairah Tarudin (@sitisairahtarudin) on

Foto: IG Siti Sairah