SINGAPURA: Kajian baharu diketuai penyelidik Singapura mendedahkan bahawa partikel (zarah) sindrom pernafasan akut teruk coronavirus 2 (SARS-CoV-2) daripada seorang yang dijangkiti, boleh tersebar sewaktu bercakap atau menyanyi.
Penyelidik Universiti Nasional Singapura (NUS) mendapati zarah halus yang terapung di udara (aerosol) - kurang daripada 5 mikrometer (um) - yang terhasil daripada dua jenis aktiviti ini, mengandungi lebih banyak zarah virus daripada zarah kasar - lebih daripada 5 um.
Penyelidik membuat rumusan, zarah halus yang tersebar daripada pernafasan mungkin memainkan peranan besar dalam penularan SARS-CoV-2, terutama dalam persekitaran tertutup dan dengan itu, ia perlu diambil kira sewaktu proses merangka langkah pencegahan.
"Kajian sebelum ini menunjukkan memang wujud zarah yang terapung di udara atau sejumlah zarah halus yang terhasil daripada percakapan atau menyanyi. Bagaimanapun, mereka tidak mengukur jumlah zarah virus SARS-CoV2 yang terhasil," kata ketua projek, Profesor Madya Tham Kwok Wai menerusi kenyataan pada Rabu.
Tham berkata, menurut perkiraan mereka, ini adalah kajian pertama untuk mengukur dan membandingkan zarah halus SARS-CoV-2 yang terhasil menerusi pernafasan, bercakap dan menyanyi.
"Oleh itu, kajian pasukan ini menyediakan asas untuk menganggarkan risiko penularan jangkitan," kata Tham daripada Jabatan Pembinaan Alam Sekitar, Sekolah Pembangunan Reka Bentuk dan Alam Sekitar.
Kajian yang pertama kali diterbitkan dalam jurnal Clinical Infectious Diseases pada 6 Ogos 2021, membabitkan 22 pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke Pusat Penyakit Berjangkit (NCID) daripada Februari hingga April 2021.
Peserta kajian ini perlu melakukan tiga aktiviti pernafasan sehari; aktiviti bernafas selama 30 minit, bercakap selama 15 minit dengan membaca kuat buku kanak-kanak, dan 15 minit menyanyi beberapa lagu. Mereka dibenarkan berehat di antara setiap aktiviti.
Ketika melakukan ketiga-tiga aktiviti ini mereka menggunakan alat yang direka khas bagi mengumpul zarah halus dalam pernafasan yang dikenalil sebagai Gesundheit-II.
"Kami mendapati pesakit COVID-19 peringkat awal meninggalkan kesan zarah asid ribonukleat (RNA) SARS-CoV-2 dalam pernafasan.
"Bagaimanapun, kadar pelepasan virus daripada pernafasan itu berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Agak mengejutkan juga kerana sesetengah pesakit mereka melepaskan lebih banyak virus ketika bercakap berbanding menyanyi," kata ketua bersama projek itu, Dr Kristen Coleman dari Sekolah Perubatan Duke-NUS.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pendedahan terhadap zarah halus yang terhambur daripada pernafasan perlu ditangani, terutama dalam persekitaran tertutup, tempat penularaan SARS-CoV-2 menerusi bawaan udara sering berlaku.
Bagi mengurangkan risiko terdedah terhadap zarah seni ini adalah menerusi langkah pencegahan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, meningkatkan tahap pengudaraan bilik, menyediakan sistem penapisan udara lebih cekap dan menggunakan teknologi pembersihan udara yang sesuai.
Khususnya, pasukan penyelidik mencadangkan pendekatan pencegahan berlapis bagi mengurangkan risiko penularan SARS-CoV-2 bawaan udara.
Selepas kemunculan varian Delta yang dilaporkan lebih mudah berjangkit, pasukan penyelidik itu merancang untuk meneruskan kajian menggunakan kaedah sama bagi menentukan sama ada zarah halus yang keluar daripada pernafasan mereka yang dijangkiti varian Delta, turut lebih tinggi berbanding varian sebelum ini.
Oleh kerana bercakap adalah aktiviti utama masyarakat, penyelidik juga ingin mengkaji tahap risiko jangkitan daripada pernafasan atau pengesanan virus hidup daripada pernafasan mereka yang dijangkiti penyakit berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 11 2021

Zarah halus yang terapung di udara (aerosol) yang terhasil daripada dua jenis aktiviti ini, mengandungi lebih banyak zarah virus daripada zarah kasar. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.