PUTRAJAYA: Tayangan BoBoiBoy Galaxy SORI akan kembali menemui penonton di seluruh rantau Asia bermula esok menerusi beberapa platform selepas lima tahun menyepi tanpa episod baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (Monsta) Nizam Abd Razak berkata tayangan BoBoiBoy Galaxy itu terbahagi kepada empat siri pendek iaitu 'BoBoiBoy Galaxy SORI', 'BoBoiBoy Galaxy Windara', 'BoBoiBoy Galaxy Gentar' dan 'BoBoiBoy Galaxy Gur'latan'.
Ditemui Bernama pada program 'Megafan Screening BoBoiBoy Galaxy SORI' di sini hari ini, beliau berkata penceritaan dan pengembaraan BoBoiBoy Galaxy adalah kesinambungan daripada filem BoBoiBoy Movie 2 yang ditayangkan pada 2019.
"Setiap siri itu mengandungi enam episod yang akan disiarkan pada setiap cuti sekolah. Tempoh siaran tersebut mungkin hingga akhir 2026, iaitu jangkaan Boboiboy Movie 3 akan menemui penonton.
"Itu antara motif kita untuk menarik kumpulan penonton menerusi siaran Boboiboy Galaxy sedikit demi sedikit (pada cuti sekolah) untuk mereka dapat menonton Boboiboy Movie 3 kelak," katanya.
Keempat-empat siri berkenaan juga dihasilkan dengan empat tema berbeza, berlatarbelakangkan penceritaan dan pengembaraan yang diolah semula dari siri komik BoBoiBoy Galaxy musim kedua.
Siri BoBoiBoy Galaxy SORI akan menemui penonton menerusi platform penstriman popular Neftlix dan Monsta YouTube Channel bermula esok manakala saluran TV9 pula mulai 13 Dis depan.
Nizam dalam pada itu turut menzahirkan penghargaan kepada peminat BoBoiBoy yang dinamakan sebagai Generasi B (BoBoiBoy) kerana sentiasa menyokong siri animasi tempatan berkenaan.
"BoBoiBoy sudah beraksi lebih 12 tahun, kami sedar ramai penonton yang mengikuti BoBoiBoy sejak kecil dan kini mereka sudah membesar.
"Mereka ini digelar 'Generasi B' iaitu mereka membesar bersama BoBoiBoy bukan setakat sebagai siri animasi, tetapi sebagai ikon yang sihat dan mempunyai jati diri yang boleh dicontohi," katanya.
Lebih 400 peminat BoBoiBoy diraikan di program 'Megafan Screening BoBoiBoy Galaxy SORI' yang diisi dengan aktiviti bertemu barisan pelakon suara siri tersebut, bergambar dengan maskot dan tayangan khas tiga episod siri baharu itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 02 2023
Nizam (enam, kanan) bergambar bersama peminat animasi BoBoiBoy yang hadir ketika pelancaran ‘Megafan Screening BoBoiBoy Galaxy SORI’ di IOI Mall Putrajaya hari ini. - Gambar/ Bernama
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
Tayangan BoBoiBoy Galaxy SORI temui peminat bermula esok
Tayangan BoBoiBoy Galaxy SORI akan kembali menemui penonton di seluruh rantau Asia bermula esok menerusi beberapa platform selepas lima tahun menyepi tanpa episod baharu.