KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Tauke mengaku ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan kes kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks baru-baru ini.
Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 45, berkata dia telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa susulan kes berkenaan.
Namun, dia menafikan menjadi 'bapa ayam' atau mempunyai kaitan dengan aktiviti berkenaan.
“Kepada yang tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telahpun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
“Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut,” jelas Tauke yang membuat pengakuan tersebut menerusi akaun Instagram Story miliknya yang diulang siar isterinya, Nadia Mohd Effendi pada Sabtu.
BACA: 'Mulut orang kita tak boleh nak tahan' - Tauke terkilan nama dikait kes pemerdagangan manusia
BACA: Pelawak terkenal ditahan kes pemerdagangan manusia
Sebelum ini, Tauke dikatakan terkilan apabila namanya dikaitkan dengan kes pemerdangangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah.
Media melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad lalu bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.
Pelawak lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuala Pilah selepas hasil maklumat dan risikan pihaknya.
Sehubungan itu, polis telah berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks.
Astro Awani
Sat Aug 07 2021
Pelawak terkenal, Tauke mengaku ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan polis berkaitan kes pemerdagangan manusia. - Gambar/ Facebook
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tauke mengaku ditahan polis untuk bantu siasatan kes pemerdagangan manusia
Pelawak terkenal, Tauke mengaku ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks baru-baru ini.
'Mulut orang kita tak boleh nak tahan' - Tauke terkilan nama dikait kes pemerdagangan manusia
Pelawak, Tauke terkilan apabila namanya dikaitkan dengan kes pemerdangangan manusia seperti yang dilaporkan media hari ini.
Cerai Whatsapp: Nadia belum berstatus janda, masih isteri saya - Tauke Jambu
Pelawak terkenal Tauke Jambu, yang didakwa mempunyai hubungan cinta dengan seorang wanita dari seberang, menafikan menceraikan isterinya menerusi WhatsApp.
Pemilihan PKR: Jangan dibeli 'tauke', pesan Azmin kepada ahli parti
Anggota PKR Sarawak yang akan melaksanakan pemilihan parti minggu ini diingatkan supaya tidak mudah dibeli oleh 'tauke', sebaliknya mempertahankan parti itu yang ditegakkan atas agenda reformasi.
Pas gesa Amanah jawab sumbangan tauke RM50 juta
Beliau mendakwa individu yang sama pernah memberi sumbangan kepada Amanah Perak sebanyak RM500,000, dan berjanji akan memberi 10 kali ganda lagi sumbangan untuk Amanah Perak supaya bekerja keras.
Hajat Tauke jadikan Pak Yus pengapit tidak kesampaian
Pelawak Tauke akui terkilan selepas hajatnya untuk menjadikan Allahyarham Pak Yus sebagai pengapit untuk pihak lelaki di majlis