PENYAMPAI radio Era, Danial Lawak Solo berdepan dengan detik cemas selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 3 Syawal lalu.
Danial yang memandu pulang ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang terlibat dalam kemalangan berdekatan Simpang Pulai.
Menceritakan detik cemas itu, Danial memberitahu ia berlaku dengan pantas dan kereta yang dipandu tidak dapat dikawal.
“Trafik di lebuh raya ketika itu memang perlahan dengan kenderaan yang banyak di atas jalan.
“Kereta saya hilang kawalan selepas kereta hadapan berhenti secara tiba-tiba.
“Saya tidak sempat menekan ‘break’ dan tiba-tiba terlanggar kereta hadapan saya.
“Tiga kereta terlibat dalam kemalangan itu kerana kereta hadapan saya turut berlanggar dengan kereta hadapannya,” katanya kepada Astro Gempak.
Pun begitu, Danial bersyukur kerana dia selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
“Alhamdulilah, saya selamat cuma dagu saya yang terhantuk ke 'steering' sahaja lebam.
“Kereta saya pula remuk dibahagian depan sebelah pemandu.
“Jadi kereta saya ketika itu terpaksa ditarik dengan lori 'towing' hingga ke Kuala Lumpur,”ceritanya lagi.
Danial mengalami kecelakaan jalan raya pada 17 Jun lalu, jam 9.45 malam dan selamat sampai ke Kuala Lumpur pada jam 6 pagi keesokkan harinya. - Foto: IG Danial Lawak Solo/Teks oleh: Syafiqah Jalal
Gempak
Tue Jun 19 2018

Danial yang memandu pulang ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang terlibat dalam kemalangan di lebuh raya Simpang Pulai. - Sumber foto IG

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

'Tak sempat 'brake', tiba-tiba ...' - Danial Lawak Solo kemalangan jalan raya
Penyampai radio Era, Danial Lawak Solo berdepan dengan detik cemas selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 3 Syawal lalu.