TIDAk sampai 48 jam dilancarkan, muzik video single terbaru dendangan penyanyi Ayda Jebat, Temberang berjaya menduduki tangga pertama carta trending di YouTube Malaysia.
Temberang baru sahaja dilancarkan di saluran YouTube milik Ayda pada jam 9 malam, 21 Disember lalu.
"Sejujurnya, saya tak sangka Temberang berjaya menduduki carta teratas trending YouTube dengan begitu cepat. Alhamdulillah, saya rasa bersyukur kerana single terbaru saya mendapat maklum balas positif biarpun baru sahaja dilancarkan.
"Respon yang baik ini akan saya gunakan sebagai penguat semangat untuk menghasilkan produk berkualiti demi semua peminat, terutamanya AJScreamer," kata Ayda.
Tampil dengan lagu rancak selepas dua lagu balada, Pinjamkan Hatiku dan Bagaikan Pelangi, Ayda berkolaborasi bersama Hael Husaini dan Ezra Kong.
"Lagu ini sudah hampir dua tahun disimpan. Saya memang menanti waktu yang sesuai untuk melancarkan Temberang dan memastikan muzik video siap dahulu sebelum single dilancarkan.
"Lagu Temberang menampilkan irama pop yang mengandungi sedikit elemen dangdut dan muzik timur tengah. Saya berharap lagu ini boleh diterima semua penggemar muzik dan mendapat tempat di hati peminat, Insya-Allah," katanya penuh optimis.
Setakat ini, muzik video Temberang mendapat hampir 375,000 tontonan serta 18,000 likes.
Muzik video ini turut menampilkan dua orang pelakon kacak, JC Chee dan Sean Lee.
Versi digital lagu ini bakal dilancarkan secara rasmi menerusi semua pelantar digital bermula 28 Disember depan.
Gempak
Sun Dec 23 2018
Temberang baru sahaja dilancarkan di saluran YouTube milik Ayda pada jam 9 malam, 21 Disember lalu.
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek yang juga anggota di kontinjen negeri itu sebelum tindakan jabatan diambil berhubung kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah.
Kapal USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang, perkukuh hubungan Malaysia-AS
Kapal USS Blue Ridge (LCC19) berlabuh di Malaysia, tanda hubungan bilateral AS-Malaysia diperkukuh.
Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis
Pengamal media diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes dalam proses siasatan.
Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha
Terserah kepada SPRM atau mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melanggar peraturan.
Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.
Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung
Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada 2015.
AWANI Ringkas: Presiden UMNO serah kepada rauf ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
J.D Vance pernah menjadi pengkritik utama Trump
J.D Vance yang diumumkan sebagai bakal Naib Presiden Amerika Syarikat yang akan bergandingan dengan calon Republikan, Donald Trump membuat pengakuan bahawa sebelum ini beliau merupakan pengkritik keras Trump.
Babydog ramal kemenangan besar Parti Republikan
Tidak cukup penganalisis politik, anjing pun dijadikan sandaran meramalkan siapa Presiden Amerika Syarikat.
Ayda Jebat kongsi keadaan ayah selepas diserang strok
Penyanyi Ayda Jebat berkongsi mengenai keadaan terkini ayahnya yang sebelum ini dikhabarkan dimasukkan ke hospital akibat strok.
THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Kemenangan itu membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.
Watsons Malaysia lancar kempen 'Dimensi Raya Paling Unik', angkat tema kekeluargaan
Watsons Malaysia melancarkan kempen Raya bertemakan 'Dimensi Raya Paling Unik' yang menampilkan promosi menarik di kedai dan atas talian serta filem jenama bertajuk Watsons Dimensi Raya Paling Unik.
Ayda Jebat syukur, selamat bersalin anak kedua
Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir timang cahaya mata lelaki pada 12.12.2023.
'Nak tegur tapi tak terkeluar pula kata' - Ayda Jebat tak selesa perut disentuh ketika bergambar
Tidak selesa dengan situasi itu, Ayda bagaimanapun berkata dia tidak kisah jika ada peminat ingin bergambar dengan memegang bahu atau tangan namun tidak berlebihan dengan mengusap perutnya.
Ayda Jebat bakal timang anak lelaki
Pengumuman itu dibuat menerusi pelancaran klip video dan lagu terbaharunya, Be Mine.
'Maaf, lepas gian' - Ayda Jebat ditegur terlalu lincah di atas pentas ketika hamil
Ayda bagaimanapun mengatakan dia belum lagi dalam keadaan sarat memandangkan usia kandungannya masih dalam lima bulan.
Ayda Jebat tak sampai hati tengok kaki netizen melecet, nak bayar balik RM638
Ayda mahu membeli semula kasut berkenaan dengan harga asal supaya pengguna Twitter tersebut dapat beli kasut baharu yang lebih selesa.
Ayda Jebat usik Nabil idam anak lelaki
Ayda secara berseloroh turut mengusik suaminya yang beria-ia mahu menikmati hidangan daging wagyu dalam misi untuk cuba dapatkan anak lelaki.
Kahwini Nabil Mahir kerana harta? Ini jawapan Ayda Jebat...
Ayda tegaskan dia bukan jenis wanita yang memandang harta, jauh sekali untuk meminta-minta.