PELAKON Rita Rudaini telah memuat naik hantaran yang menasihatkan aktres dan penyanyi, Bella Astillah agar terus kuat selepas tular isu dakwaan Bella menjalinkan hubungan bersama pelakon baharu. 

Rita beri kata-kata semangat 

Menerusi perkongsian Instagram Story di akaun miliknya, Rita turus sempat menyindir pihak ketiga yang dikatakan sedaya upaya mereka cerita demi menjatuhkan Bella Astillah. 



“Bella @bellaastillah jalan terus, yakin lah Allah ada dengan awak.
 
“Orang yang dikejar bayang-bayang ni memang akan cuba sedaya upaya sehabis mungkin untuk membuat macam-macam cerita, takkan habis sebab bayang-bayang itu akan kejar diorang sampai kiamat, chill je,” tulis Rita pada hantaran tersebut. 

Fokus anak-anak 

Dalam pada itu, Rita turut sempat menasihati Bella agar hanya menikmati dan fokus hidup bersama anak-anak tanpa perlu berharap ada pasangan di sisi. 
 
“Bella, nikmati hidup awak dengan anak-anak. Orang macam tu memang sampai kiamat pun takkan mengaku salah, lagi nak cari jalan dan cuba nk cari geng utk twist supaya orang lupa kisah mereka. Tuhan itu Maha Adil.
 
“Satu pesan kami, jaga amanah Allah sehabis baik. Tak perlu risau tiada pasangan untuk jaga kita hingga tua kerana kita ada yg lebih hebat yang sentiasa menjaga kita sampai bila-bila iaitu, Allah yang Maha Pengasih.
 
“Jalan terus Bella, jangan risau luka awak,Allah yang akan ubati,” tambahnya.
 
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai pendedahan Bella Astillah didakwa menjalinkan hubungan sulit bersama pelakon baharu,

Bella bagaimanapun ketika ditemui baru-baru ini tidak menafikan isu tersebut dan mengakui bahawa dia bertindak melakukan perkara tersebut atas dasar ingin membuatkan suaminya, Aliff Aziz cemburu. - Gempak