Rita meluahkan rasa sedih menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
Kata Rita, dia sebak sebaik sahaja melihat Ryan cuba menenangkan diri sebelum menangis dan dipujuk oleh bapa orang lain.
“Dari jauh mummy dah nampak muka dia frust. Memang tak nak tegur... And biar dia duduk sorang-sorang. Amik masa bertenang...
“Last-last menangis juga. Mummy sebak jugak sebenarnya, sebak sebab tengok daddy orang lain pulak pergi pujuk dan peluk dia.
“Ryan terlampau sedih sebab dari P1, P2, P3 GREEN HOUSE CHAMPION. Tahun ni jatuh no 2... It’s okay sayang... Ryan tetap no 1 di hati mommy,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga turut sama berasa sebak melihat tangisan Ryan.
Terdahulu, Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.