Menerusi entri di Instagram, Rita berkongsi cabaran yang dihadapinya termasuk tidak mempunyai masa untuk diri sendiri lantaran harus memberi keutamaan sepenuhnya kepada dua permata hatinya.
"Hidup sebagai ibu dan bapa pada anak-anak, banyak yang harus saya uruskan, sediakan dan fikirkan. Semuanya saya kena fikir sendiri, tugas dan tanggungjawab saya dah double triple.
"24jam berfikir tanpa ada masa untuk fikir pasal diri sendiri tanpa ada masa untuk rest untuk diri sendiri, nak beli itu ini untuk hadiah diri sendiri pun saya tak pernah fikir lagi sejak ada dua nyawa lagi dalam hidup saya," kata Rita meluahkan perasaan.
Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna merupakan anak-anak Rita hasil perkahwinan dengan pemain bola sepak terkenal, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.
Rita, 43, dan Aidil, 32, berkahwin pada 2008 namun bercerai lima tahun kemudian.