Jelas Syatilla, sebagai ibu dia tidak tergamak menyebabkan kecederaan atau menyakitkan anaknya sendiri dan situasi yang berlaku tidak seperti yang digambarkan netizen.
"Video itu cuma separuh, selebihnya anak saya siap ketawa lagi apabila saya bergurau dengannya.
"Kalau tengok depan-depan tak ada pun saya goncang tangan anak saya kuat-kuat pun. Itu rutin harian saya dengan anak saya.
"Kalau fikir logik takkan ada ibu nak sakitkan anak sendiri," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman top 20, Anugerah MeleTOP Era (AME 2018) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.
Syatilla bagaimanapun tidak menyalahkan peminatnya yang khuatir dengan keadaan anaknya.
"Sebenarnya ramai peminat Sheriv yang sayangkan dia. Saya tak marah pun, malah tiada sebab untuk saya marah. Saya terima setiap teguran dengan positif," tambahnya.
Sheriv tercalon dalam kategori Si Cilik MeleTOP di samping 19 pencalonan awal antaranya Yusuf Iskandar, Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana dan Aisy Mateen.